Friday 23 November 2012

Melaka..

Nampaknya aku dapat sambung belajar dekat Merlimau, Melaka..Rasa macam tak percaya je dapat gak sambung belajar walaupun amik diploma balik..Tapi at least aku belajar bukan..Hehehe..Aku dapat kos pengurusan acara..Ramai yang tanya kos tu pasal apa..Secara jujurnya..Aku langsung tak tahu..Sebab aku tak ingat pun aku mintak kos tu..Hahaha..Tunggu aku daftar and belajar kat situ baru aku tahu nak explain kat korg semua..Hehehe..

Lagi 2 minggu je aku nak daftar..Tapi banyak plak halangan yang menimpa aku..Macam aku tak dapat pinjaman ptptn..Borang nak kena cop plak..Banyak la aku kena buat..Aku rasa macam malas plak nak sambung belajar kalau macam ni..Sebab aku give up kerana (ayt dramatik la plak) bila aku mintak pertolongan dari orang..Macam nak tak nak je tolong..Then cakap aku kena usaha sendiri..Damn..-.-' Aku tengah berusah la ni..Sebab tu aku mintak bantuan..Tapi aku yang kena marah..Takpe la..Mungkin salah aku kan..Redha je la.


Tapi aku dah nekad..Aku akan berusaha dan pergi belajar..Demi penuhi permintaan arwah ayah aku yang nak aku belajar sungguh..Aku pasti lakukan..Walaupun aku terpaksa berjauhan dengan orang yang tersayang..Tapi aku kena tabah dan pandai bawak diri..Cukup la aku kecewakan keluarga aku..


Okay..Aku tahu lagu takde kena mengena dengan tajuk blog..Hahaha..Tapi aku saja je nak amik ayat sudah cukup sudah..Hahaha..Terbaek..Tu je la coretan aku kali ni..Hope rakan2 dapat doakan kejayaan aku..Aku doakan juga kejayaan korg..Amin..

Tuesday 23 October 2012

Perginya Insan Tercinta..



Tanggal 20/10/2012 bersamaan 4 Zulhijah 1433H..Pada hari sabtu jam 9.30 am..Ayah aku telah pergi meninggalkan kami sekeluarga..Setelah seminggu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bertarung nyawa..Akhirnya dia menghadap Allah Yang Esa.

Pemergian beliau merupakan satu tamparan untuk kami sekeluarga kerana kami semua menjangkakan dia akan pulih seperti sedia kala..Tapi Allah lebih menyayanginya..Kami semua meratapi pemergian arwah..Dan menguruskan jenazah secepat mungkin..

Alhamdulillah..Jenazah diuruskan dengan lancar sekali..Ramai yang datang untuk melihat arwah buat kali terakhir dan datang di kubur arwah..Ada yang terkilan dan ada yang simpati..Hanya Tuhan saja yang tahu apa perasaan aku ketika melihat ayah ku di letak di dalam liang lahad..

Semasa memandikan jenazah..Aku lihat muka arwah tenang sekali seperti sedang tidur di dalam rumah sahaja..Aku rasa tenang melihat dia..Walaupun aku sukar untuk terima semua ni..Tapi dah tertulis di suratan takdir yang dia pergi dulu menemui Penciptanya..

Ramai kata arwah beruntung sangat..Sebab banyak dia dapat lakukan sebelum dia pergi dan ramai orang yang datang mengunjungi beliau..Aku cuma terkilan sebab tak dapat tunaikan banyak permintaan dia..Aku rasa down sangat2 sekarang ni..Rasa macam tak percaya je yang dia dah pergi..Sedangkan sebelum dia tak sedarkan diri..Kitorg dah rancang nak pergi bercuti bersama..Tapi ni dah takdir yang tertulis dan aku kena terima macam mana sekalipun..

Ya Allah..Aku mohon pada-Mu Ya Allah..Kau tempatkan la ayah ku di kalangan orang2 yang soleh dan semoga rohnya di cucuri rahmat-Mu Ya Allah..Amin..

Thursday 11 October 2012

JPJ..EPIC FAILED..

Akhirnya aku amik juga lesen kereta..Belajar punya belajar..Hari untuk amik test pun bermula..(10.10.12)
Punya la aku berdebar..Then aku bawak la kereta dengan hati yang gabra nak mampus..Dah la no 2 then terus test jalan raya..Selalu bawak kancil tiba2 kena bawak viva..Siot betul..

Aku bawak la dengan perasaan takut dan sebagainya..Dalam hati dah jangka mesti fail punya sebab kaki aku boleh plak menggeletar..Moi..Lagi pun aku tak biasa bawak viva sebab rasa janggal gila..Tak macam kancil..Senang n smooth je aku bawak kn..Hehehe..

Then dah bawak tu sampai la kat simpang..Kereta aku terpaksa di berhentikan kerana aku bawak secara merbahaya..Hahaha..Tapi tester tu bawak lagi bahaya dari aku..Huhu..Lepas kejadian tu..Agak malu dan kecewa la gak..Tapi nak buat macam mana..Aku dah jangka pun..Hehehe..

Then kena la buat bukit, parking dan 3 penjuru..Aku tunggu dengan gigih..Dan tiba2 ada sorang awek tu dia datang tapi nak duduk takde tempat..Actually ada je tempat tapi sebab ada laki dia tak jadi duduk..Then sebelah aku memang la kosong dan ada laki..Kira kerusi tu muat untuk 3-4 org..

Aku ingat nak berganjak ke tepi tapi takkan dia nak duduk sebelah aku..Then aku pandang dia dan dia pandang aku..Aku dah gelabah dan serba salah..Nak berganjak or buat bodoh je..Then akhirnya aku buat keputusan untuk bangun dan pergi kebelakang untuk berdiri..Waktu aku bangun tu aku pandang dia dan tunjuk kerusi tu kosong..Dia pun pandang aku dan bergerak untuk duduk..Baik giler aku time tu..Padahal aku plak jadi malang sebab kena berjemur..Huhu..

Tapi asalkan kita ikhlas nak tolong panas tak rasa sangat..Then akhirnya no aku kena panggil..Aku duduk dalam kereta kancil..Rasa bersyukur sangat..Hehehe..Ye la rasa senang je bawak..Tapi tiba2 nervous aku datang balik..Menggeletar kaki aku..Mana taknya tengok semua orang bukit tak lepas kan..

Dengan nervous aku bawak kereta naik bukit dan aku berhenti betul2 kat line kuning..Syukur giler..Tapi time to panic..Aku kena pastikan kereta aku tak kebelakang..Aku dah lupa step time tu..Dengan baca bismillah aku tekan klac dan minyak..Lepaskan handbrek dan kereta kebelakang skit sebelum kedepan..

Damn!! Aku failed ke? Bantai kebelakang plak kereta ni..Aku dah menyumpah seranah dalam hati..Tengok tester jpj tu cakap dengan tester lain macam aku dah fail je..Sumpah aku takut nak mati time tu..Aku dah give up tiba2 tester tu bagi test card aku dan suruh aku buat parking..Senyum sampai telinga aku time tu..Siap tester tu tanya aku ni belajar ke kerja..Muka budak2 je..Siot je..Ceh..

Then aku buat parking dengan bergaya sekali..Padahal silap bajet tapi atas dasar kawalan stering yang bergaya aku dapat jayakan parking dengan segak sekali..Hehehe..Tapi malang..Aku terlalu excited dan confident..Sampai kat 3 penjuru aku buat silap dan terlanggar line..Aku terpaksa berhentikan kereta dan gagal..Sumpah sedih..Tapi dah takde perasaan sebab kepala aku dah sakit sangat time tu..

Aku pun blah dan call mak aku suruh amik sebab malas nak tunggu pak cik yang bawak aku sebab dia tengah tunggu orang lain..Aku tengah sakit kepala tahap dewa time tu..Aku pun gerak la then tiba2 ditakdirkan awek yg aku bagi duduk tu lalu depan aku..Tapi sayang dia nangis..Aku terkedu sedangkan time aku pandang dia aku nak senyum..

Tapi dah nampak dia nangis aku rasa macam serba salah..Aku tak suka tengok perempuan nangis..Bukan sebab terpikat dengan dia..Tapi kalau orang nangis terutama perempuan serius aku jadi serba salah..Aku ingat nak bagi tisu ke apa ke..Tapi aku datang empty handed je..So aku dapat perhatikan dari jauh je..Serba salah la jugak time tu..

Nak je cakap kat dia lain kali ada lagi..Buat la betul2..Tapi takde keberanian..Hahaha..Aku yakin dia boleh buat next time..Aku pun boleh buat punya..Aku yakin!! Lebih2 lagi kalau L doakn kejayaan aku dan bagi aku kiss semangat..Hehehe...



Aku harap dapat buat test lagi sekali dengan bergaya dan berjaya lagi sekali..Hope semua boleh tolong doakn kejayaan aku..Hehehe..

Tuesday 2 October 2012

Waras ke aku ni?


Aku dah tak tahu kenapa dengan aku skang ni. Aku rasa lain sangat2. Cepat takut. Rasa was2 dan macam2 la. Aku rasa macam mula jadi gila. Hahaha.

Kadang2 aku gelak tanpa sebab dan teruskan gelak dengan jahatnya. Hehehe. Kadang2 aku bercakap sorg2 macam ada member je. Bila sedar aku cakap sorg2 aku akan gelak dan terus bercakap macam ada org menemani aku. Hahaha.


Aku dapat rasakan yang aku kesunyian. Entah la. Aku rasa macam hidup sorg2 je dalam dunia ni. Ada kawan semua stock dah belajar dan bawa haluan masing2. Mana ada masa untuk kawan lama. Semua dengan kawan baru je. Ada kekasih selalu gaduh je. Dah tak tahu nak buat apa.

Nak luah kat keluarga bukan dorg paham pun. Better luah kat Allah kan. At least tenang la sikit hati ni walaupun kadang2 rasa sunyi. Tapi life must go on. Walaupun dah mula give up dengan life aku skang ni.

Aku kadang2 cuba buat baik dan berlaku jujur sebaik mungkin. Tapi sering di salah erti sampai aku rasa malas nak amik peduli tentang org lagi.

Sekarang jugak aku kerap berhalusinasi. Sampai ternampak depan mata. Waras ke aku ni? Mungkin aku patut berjumpa dengan pakar. Check otak aku ni betul ke tak? Tapi malas la aku nak pergi. Tunggu betul2 gila baru aku pergi. Hahaha.

                                            

Wednesday 19 September 2012

Kawan..


Aku tak tahu la lagu ni kena ke tak..Tapi just layan je la..Hehehe..

Aku ni bukan la org yang takde kawan..Tapi entah la..Aku jenis yang takde kawan yang betul2 masuk dengan perangai aku..Kecuali sorg dua je la..Aku ada sorg kawan yg selalu la gak jadi mangsa untuk aku mengadu masalah..Kdg2 terasa gay plak..Hahaha..Tapi aku xde anggp macam tu plak..Normal lagi sebab aku ada awek..Hehehe..

Tapi kali ni aku takde la benda yang menarik sangat..Cuma tadi godek2 blog2 org yang aku follow..Aku terjumpa satu yang menarik minat..Macam kesian pun ada..Tapi aku tak tahu nak buat macam mana..Aku jenis org yang boleh tolong org tanpa pk pnjang..Tapi aku takut nk hulurkan bantuan..Sebab aku tahu dia takkan terima punya..

Cuma aku harap dia dapat tabahkan hati dia..Sebab aku tahu dia kuat..Walaupun dia jatuh dia tetap boleh bangun..Lagipun dia bukan berseorangan..Dia ramai kawan2 yang akan tolong angkat dia walaupun dia tengah jatuh..Jangan kata angkat..Aku rasa dukung pun boleh..Heheheh..

Aku tak tahu la dia akan baca or tak benda ni..Just kalau dia perlukan bantuan or someone..Aku ada untuk dia sebagai seorang kawan..Lagipun aku tak pernah hargai kawan..So aku nak berubah dengan menghargai kawan2 aku..Aku dah paham erti persahabatan..Walaupun banyak lagi yang perlu aku tahu dari seorang sahabat..:)

Thursday 13 September 2012

Perasan Sebentar...Hehehe..


Mungkin lagu ni sesuai kot. Tapi jangan di sebabkan lagu org yang baca salah paham apa yang aku cuba sampaikan. Huhu. Selalu ada je yang salah paham dengan blog aku ni sampai jadi isu. Susah jadi org popular ni. Hehehe.

Sejak aku mempunyai hubungan yang special ni. Tiba2 ramai yang cari aku. Terutamanya perempuan la. (ex aku je pun) Pelik sungguh aku dengan mereka semua. Tapi comel je kan. Aku tiba2 jadi hot. Rasa macam org kahwin je sebab ramai tiba2 nak berkenalan dengan kekasih hati aku tu. Hahaha.

Tapi jadi 1 masalah sebab dia tak suka org yang dia tak kenal add dia. Lebih2 lagi semua yang add dia tu ex aku kan. Sapa tak jeles. Kalau aku pun mesti jeles kan. Hehehe. Kitorg saling melengkapi and saling mencemburui. Hehehe.

Tapi aku suka bila si dia marah sebab comel and protective giler kat. Untuk hal macam ni la. Hal lain dia menakutkan macam ogre tengah marah. Hehehe. (sila tgk pic)


Ada one day tu, dia gatal2 buka fb aku tanpa pengetahuan aku. Amek kau. Ada ex aku hantar chat. Rasa macam kantoi je kan. Tapi kalau aku dah bg dia password fb. Apa function aku takut kan? Kita kena berani sebab benar. Tapi dia cemburu gak. Kelakar je.

F.Y.I - ex yg hntar chat tu dh bertunang..semoga bhagia bdak kecik..nnt kahwin jgn lupa jemput tau bdak..:)

Ada one day tu, si dia buat lawak comel dengan aku. Ada ke patut mintak senarai nama ex2 aku. Kalau sikit takpe gak kn. Opss..Terhot la plak kat sini. Hehehe. Tapi serius comel je bila dia cemburu. Dulu tak macam tu. Org dah sayang kan. Heheheh..


Tu je la aku nak merepek dalam ni. Hehehe. Aku nak perasan hot sekejap je. Kalau lebih2 nanti ada org tu marah. Hehehe. Oh. Aku suka dengar satu lagu ni. Dari dulu lagi. Tak tahu la kenapa tapi lagu ni sentiasa memikat hati aku.


Wednesday 5 September 2012

Perasaan apa ni?!!


Aku dah keliru dengan perasaan aku sendiri. Semua berlaku dengan pantas sekali. Aku keliru sangat2 sekarang ni.

Lepas aku dah okay dengan dia. Aku rasa macam ada jurang dengan dia. Mula2 aku pk dia yang mencipta jurang hubungan aku dengan dia. Tapi aku rasa aku yang mula buat macam tu.

Aku keliru. Dah tak tahu nak buat apa lagi. Kalau berterus terang takut dia salah paham. Tapi kalau tak berterus terang sama macam menyeksa jiwa aku ni. Boleh gila aku macam ni.


Aku tak rasa kebahagiaan macam dulu. Rasa macam berpura2 berbanding realiti. Aku pun dah tak mampu berpura2 lagi. Tapi aku perlu berkorban demi hubungan ni. Perubahan mesti di buat. Tapi perubahan ni buat aku rasa tak bahagia macam biasa.

Aku happy bila dia happy. Tapi aku tak boleh nak berubah seperti dia nak walaupun aku nak berubah. Sebab perubahan ni ubah aku lebih kepada sedih walaupun aku patut gembira. Perubahan yang lebih baik bukan. Sapa yang tak gembira kan? Lagi2 perubahan ni baik untuk hubungan aku dengan dia.

Apa yang aku rasa sekarang ni? Bahagia? Sedih? Gembira? Marah? Aku dah tak pasti. Semua perasaan tu tengah ada dalam diri aku ni. Aku penat. Aku keliru sangat2.

Aku cepat tension skang ni. Lebih2 lagi lepas cuba nak berubah. Benda kecik pun aku dah rasa nak terajang je. Aku punya panas baran makin meningkat. Aku tak nak rasa macam ni. Benci betul. Nak aku menjerit sekuat hati sekarang ni. Tapi tak boleh.


Wednesday 29 August 2012

Dark vs Light

Once I always cover in the darkness. I walk blindly in the dark without any purpose. No where to hide, no where to run, no where to go..... I'm want to give up and done doing anything. But still, I'm waiting for the light to come and lighted the darkness in my world.



But the light never come to this freaking dark world. Is God has abandoned me? Has He don't hear my prayer? Is it because all the thing I have done in my past? I wish I can change the past but its impossible. There no turning back for what I have done. I can't feel true happiness anymore. I can smiled like before. I have to fake that I'm okay. I just cried alone without no one noticed it. I just wish I can kill myself but I don't have the courage to take this pathetic life. I still hoping for the light to come to save me from this miserable life.


When I about to give up, you come to my dark world. At first I thought you are just the same with other people. Always judge me for what I have done and babbling about it. But you accept me just for I am and willing to help me to change myself. You are so difference from the people I used to know. You bring light to my world bit by bit. Then I realised that God have a funny way to sent light in this dark world. He sent you to me. Thank you. Alhamdulillah.


Wednesday 15 August 2012

Barah?

Sejak akhir2 ni aku rasa sakit kepala yang amat sangat. Tiba2 terasa nak bukak Pak cik kesayangan aku iaitu Google. Aku bukak la tanda2 orang punyai barah otak or sebagainya. Hehehe.

Banyak la gak petanda dia. Aku tengok semua petanda tu semua aku ada. Hahaha. Ada yang takde aku rasa. Kalau ada semua nampaknya kena pergi hospital check ni. Hahaha. Tapi aku tahu apa jawapan dktor kat situ bg. " Awak ada migrain je ni. Dapatkn tidur yg cukup. Minum air banyak2. Bla bla bla..."

Mcm mana tahu jawapan kat atas sebab aku selalu pergi klinik dulu. Hahaha. Tapi memang la aku tak cukup tidur. Rasanya cukup tidur pun dapat jawapan macam tu. Moi.

Tapi tak mungkin la aku ada barah. Aku je punyai imaginasi tinggi. Kalau ada menarik gak. Hehehe. Bengong aku ni. Org mintak jauhkn benda tu. Aku plak mintak ada benda tu. Hahaha.

Tu je la apa yg aku cuba sampaikn. Saja mengisi masa lapang dengan menulis benda pelik2 kat blog aku ni. Chow.


Hancur..


Lagu kat atas tentang kepercayaan seseorang kat kita. Tapi perasaan kita kalau kepercayaan tu dah mulai kurang? Apa yang perlu kita buat untuk dapatkan kepercayaan tu balik?

Dulu aku ada ramai yang percayakn aku. Tapi aku hancurkan kepercayaan dorg. Tapi aku still percaya kat dorg walaupun selalu kena tipu. Hahaha. Aku bingai skit dalam hal ni. Lurus giler. Percaya je cakap org. Hahaha.

Aku ingat aku dah dapat kepercayaan seseorang tu. Tapi baru2 ni aku baru tahu yang dia tak pernah percaya aku 100% sedangkn aku buat mcm tu kat dia. Tak sangka dia boleh attack aku dengan menggunakan apa yang pernah aku buat dulu. Sumpah terkejut wei.

Tapi takpe la. Salah aku gak. Org dah tak nak percaya kat kita nak buat mcm mana. Kepercayaan bukan boleh di beli. Kita kena dapatkan kepercayaan tu.

Walaupun hati aku hancur dengar dia cakap macam tu. Tapi aku tetap akan percaya kat dia. Aku akan buat dia percaya kat aku balik. Memang la aku ada tipu dia. Tapi bukan benda penting sangat pun. Lagi pun bukan semua benda kita boleh buat on the spot. Huhu.

Tu je la aku boleh cakap buat masa skang. Cakap lebih2 bukan dapat apa pun. Aku yang kena balik. Hahhaa.

Friday 10 August 2012

okay..you want it..farewell..

Puasa dah nak habis. Raya sedang hampir. Kalau waktu kecik2 dulu. Raya dah dekat. Mula rasa takut sebab "hantu" dah terlepas dari ikatan dorg. Hahaha. Sungguh pelik pemikiran aku waktu kecik2 dulu. Okay melencong sebentar.

Okay. Back to the topic. Aku ingat kan dapat la aku buat baik. Bercadang nak buat baik dekat someone. Tapi tak sangka sangkaan aku meleset. Selamat aku tergerak hati nak tengok blog dia. Walaupun selama ni aku tak tahu pun dia ada blog. Kuno aku ni.


Mula2 aku baca blog dia. Agak comel la gak kn. Sorg yg baik hati sebab mengenang jasa org lain. Then aku selongkar la semua yg ada dalam blog dia. Sebab dapat maklumat dari dalam. Dia ada cerita tentang aku dan dia. Aku pun gigih cari pasal aku punya cerita. Wow. Sungguh terharu bila tengok dia ingat something yg menarik perhatian aku. Bangga aku dengan dia. Hehehe.


Then aku tak rasa cerita aku tamat kat situ. Aku pun selongkar lagi blog dia. Macam penyiasat je aku ni. Hehehe. Aku jumpa gak 1 tajuk yg menarik minat. Memang menarik. Sebab tu post balasan untuk aku. Wow. Terbaek!! Aku sangkakn dia nak berdamai or apa la. Last2 aku kena perli + kutuk dalam post tu. Moi. Aku ni memang susah nak berbaik dgn org kn? Huhu. Aku terkilan dgn sikap dia sebab still ego and still perli aku. Aku cuma nak berdamai je. Tak nak ada salah paham dah. Tapi takpe la. Nak buat macam mana. Kalau dah benci tetap benci. Huhu.

Then dia mintak something yg tak patut bagi aku. Kalau dia rasa nak putuskan persahabatan ni. Buat je. Aku terima semua tu. Walaupun aku dah tak nak kehilangan kawan lagi. Aku cuba nak buat baik. Tapi tak sangka dia nak sebaliknya. Aku doakn kebahagiaan dia. Kalau apa yg pernah aku buat menyakitkan hati dia. Melukakn hati dia. Aku mintak maaf. Maaf kalau aku salah paham dengan dia. Trimas sebab tak cerita tentang keburukan aku kat kwn2 dia. Aku tahu dia akan baca blog aku ni. Selamat tinggal. . . . . .


Thursday 9 August 2012

Panggilan..

Kali ni post pasal panggilan kita kat org yg tersayang. I mean kekasih kita la. Kalau kat keluarga tak payah cerita la kan. Semua ada panggilan masing2 kan. Huhu. So tiba2 aku terasa macam nak letak lagu J.B walaupun aku benci dia. Tapi ni je lagu yg kena dengan panggilan aku. Hahaha.


Tapi macam biasa aku tak minat nak cerita umum. Aku nak bagi tahu something yg dah lama ada dalam lubuk hati aku ni. Aku ingat boleh je biarkan tapi dah lama2 aku rasa macam sedih plak and tak dapat nak dibendung lagi. Huhuhu.

Aku nak ada panggilan yang mesra dgn dia walaupun takde semesra mana. Aku nak gak panggil nama dia. Tapi ramai dah slalu panggil nama dia. So aku cari nama yg sesuai untuk panggil dia. Setelah memerah otak aku. Aku dapat la nama yg aku nak panggil dia tapi dia macam tak suka je. Tak hargai sgt and gembira sgt. Aku tak tahu nak buat mcm mana tapi susah la sebab aku di over shadow oleh ex dia.

Walaupun panggilan kitorg agak manja. Hehehe. Tapi aku kadang2 suka panggil nama dia. Cuma sejak akhir2 ni aku dah tak buat sebab dia bukan layan pun or happy. Melainkn aku panggil nama dia yg ex dia pernah guna. Baru la semangat dia layan.

Baru2 ni dia ada ubah nickname dia kat 1 laman web terkenal di dunia ni (poyo giler ayt mcm 2). Mula2 aku terkejut gak. Tapi diam je sebab dia suka nama tu. Tapi lama2 aku tengok aku rasa macam dia simpan kenangan dia ng ex. Aku tak nak cakap banyak tapi aku diam je. Kalau aku cakap pun dia mesti kata nama je or apa2 je la.

Ya. Aku kecewa. Tapi aku hormati dia. Aku tak nak la sebab benda kecik macam ni buat hubungan kitorg retak kn. Aku diam sampai skang. Tapi masalah kecik kalau biar boleh jadi besar kn. Huhu. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Kat sini je la aku boleh luah perasaan aku.

Aku tahu dia setia. Tapi aku tahu dia tak boleh lupakn ex dia. Aku syg bngat kat dia. Cuma kecewa je sebab dia still teringat panggilan pertama ex dia bg.


Wednesday 8 August 2012

kawan, keluarga & kekasih

Wow. Tajuk aku terbaik la kan. Hehehe. Tiba2 je aku terasa nak buat post macam ni. Hope viewer terhibur la and paham apa yang cuba di sampaikn. Hehehe. Lagi sekali ingin di ingatkan bahawa tajuk memang tak seindah isinya. Hehehe. Aku memang suka psycho org. Nak buat mcm mana. Hewhew.

Kawan biar ramai. Tapi tak semestinya mempunyai kawan yg ramai menjanjikan kebahagiaan bukan. Ada je kawan yg akan tikam kita dan sebagainya. Bukan aku nak kata semua kawan mcm 2. Tapi nak tak nak. Kita tetap akan jumpa golongan macam ni. Huhu. Kadang2 tak nak percaya kat kawan lagi sebab dorg suka tipu aku and sebagainya. Tapi ada la kawan2 yg aku betul2 hargai dan aku akan kenang sampai mati la. Hehehe.

Keluarga org yg sentiasa ada dengan kita. Walaupun mungkin tak serapat mana. Tapi kita mungkin akan berjumpa dengan dorg setiap hari di rumah. Hehehe. Kalau tak jumpa pun or dorg dduk jauh. Kita tetap akan jumpa dorg. Tapi org skang ada yg tak menghargai keluarga dorg sendiri sedangkan dorg beruntung mempunyai keluarga. Tapi sifat manusia kan. Aku pun macam tu gak. Kadang2 tak hargai keluarga sendiri. Tapi bila marah memang la pk mcm 2. Huhu. Tapi aku syg keluarga aku sepenuh hati aku walaupun kadang2 dorg buat aku marah and sebagainya. Sebab dorg sentiasa ada kat sisi aku kalau aku di timpa masalah. Hehehe.

Kekasih ialah org kedua terapat dgn kita selain keluarga or kawan. Dorg la tempat kita mengadu semua masalah kita dgn harapan dorg akan paham apa yg tengah kita lalui skang. Tapi tak semua indah bukan. Bunga yg kembang tetap akan layu. Kadang2 kekasih la jadi punca masalah yg kita hadapi. Kadang2 masalah yg boleh di selesaikn jadi tak selesai di sebabkn berlaku pergaduhan antara kita dan mereka. Huhu. Tapi adat berkasih bukan. Tak semestinya sentiasa bahagia. Hehehe. Cuma kadang2 ada pihak yg perlu mengalah dan bersikap matang dalam hubungan yg dibina.

Sebenarnya kat atas tu bukan tujuan asal aku. Tapi bila pk balik biar la aku berbincang dulu dengan dia sebelum aku berlaku jujur dalam blog ni or mana2 laman sesawang yg ada kat dunia ni. Hehehe. Ni je coretan yg aku boleh buat pada hari ni. Next time mungkin ada lagi kot.

Monday 6 August 2012

140 km/h..

Sebab aku makin menggila. Aku nak letak post banyak2 walaupun benda yang aku cerita langsung tak masuk akal dan pelik. Hehehe. Tapi blog aku kan, Hohoho.

Sejak akhir2 ni speed aku bawak motor semakin meningkat. Dulu bawak limit 100 km/h je. Lepas accident bawak la slow dalam 80 km/h. Tapi skang dah mula naik 120 km/h. Slumber bawak laju 2 lalu celah kereta kan. Hahaha.

Paling best and gila pernah aku buat time bawak 140 km/h pergi serdang tak brek tak apa. Slumber je lalu tepi lori and hampir kena penyek. Hahaha. Terbaik...

Sejak kejadian tu, aku rasa aku memang suka pulas throttle sampai 120 / 140 km/h. Kadang2 hampir je langgar kereta or motor sebab tak pandang cermin sisi and tak fokus kat jalan. Hehehe. Kalau dia tahu. Mau aku kena bebel je. Hahaha. Tapi aku pernah cakap. Bukan dia peduli dengan aku pun. Hahaha.

Ni je la coretan aku untuk kali ni. Kalu dia baca. Menurut ramalan aku, dia akan marah and merajuk. Hehehe. Salam.

kucing mewah vs kucing liar..

Macam bengong je tajuk aku kali ni. Hewhew. Sejak nak pindah rumah baru ni. Abg aku pergi amik kucing liar kat kawasan rumah sewa dia. And bawak balik rumah kitorg ni (putra). Tapi di sebabkn amik dari kecik. So kitorg dh ajar dia kncing and berak kat tmpat yg di sediakn walaupun kadang2 bersepah gak dia buat waktu mula2 2. Skang dah pandai. Hehehe.

Bagi makanan pun yang brand je. Whiskes smthing. Aku tak peduli pun. Janji dia makan. Dah la memilih nak makan. Kalu nmpak ikan goreng depan mata pun buat dek je. Ceh. Akibat mendidik supaya makan benda mahal.

Semalam (5/8/12), abg aku no 4 bwak balik kucing wrna ptih2 kelabu. Tapi betina. Memang kucing jalanan punya r. Besar sama kucing kat rumah tu. Tapi letak je kat rumah. Mak ai. Busuk sungguh. Ye la selalu tidur dalam longkang. Tidur kat berak sendri. Makan benda2 pelik.

Aku suruh abg no 2 mandi kn kucing 2. Tapi dia mandi kn kejap je sebab kena cakar. Aku pun kena gak. Kuku dia macam pisau baru. Luka tangan aku dia pegang sebab takut dgn air. Tapi aku pujuk2 dia kata sekejap je sebab nak bersih kan bontot dia sebab ada najis dia tak bersih. So jadikan dia busuk. Tapi kejap je. Sebab dia dah mula agresif walaupun betina.

Then aku bau la busuk kat badan aku. Rupa2nya suar aku bau taik kucing betina td. Terpaksa la aku mandi. Tapi sebelum aku mandi. Aku nekad nak amik kucing tu. And mandikn dia. Dapat gak aku buat lepas pujuk dia. Peluk dia. Hahaha. Rasa sebab aku lelaki kot dia rasa selamat sikit. Hewhew. Tapi dia degil tak macam kucing rumah aku tu. Sebab dah di biasakn utk mandi kn.

Habis je sume tu. Aku bagi la dorg makan. Kucing rumah makan benda mahal je. Tapi kucing liar tu tak kisah bedal je apa yg ada. Mungkin dia still pk yg dia perlu survive dgn makan apa yg dia nmpak n tak memilih. Secara tak langsung mengajar aku erti kehidupan. Untuk hidup terpaksa merendahkn diri serendah boleh utk hidup untuk mencari sesuap makanan. Tapi skang zaman org dah mampu tapi tak semua mensyukurinya.

Aku rasa aku dah melencong dari tajuk 2. Tapi viewer paham2 je la eh. Hehehe. Damn! Aku lari tajuk. -.-'

Wednesday 1 August 2012

Qarin..

Dah masuk ogos. Syok2 aku baca cerita hantu. (kt ofis..slumber..) Aku terbaca pasal qarin. Something like that. Benda ni agak menarik sebab semua orang ada. Sebab aku malas nak cerita secara ringkas. Aku copy paste je la maksud qarin ni untuk viewer. Hewhew.

QarÄ«n (Arab:قرينQÉ‘rɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."
Menurut keyakinan umat Muslim bahawa, pada umumnya Jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan Solat, memberatkan diri manusia untuk membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa Hadis dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memelukIslam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.

Qarin dalam Al-Quran dan Hadis

Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az-Zukhruf
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Hadis mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa Malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."[1]
Hadis mengenai Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, bahawa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, ia pun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak darinya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah S.W.T berfirman, “Kamu dapat berjalan-jalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”

Hope terhibur baca. Sorry panjang sangat. Copy paste. Hewhew. Sesungguhnya hanya Tuhan kita berserah segalanya. Jangan la sesekali lupa berdoa and memohon keampunan selalu. Tak semua org sentiasa perfect. Hehehe.


Tuesday 31 July 2012

Aku alien siot!!


Okay. Mesti pelik dengan tajuk aku kali ni. Aku suka tajuk pelik2 + gmbr seram. Hewhew. Tapi kali ni cter pendek je.

Aku tak tahu kenapa hari ni badan aku sakit2 je. Terpaksa la pergi tandas exercise. Hehehe. (dlm tndas pn bleh exercise..hehehe..) Dah bnyak kali pergi. Aku tak puas hati la kenapa sakit sangat. Aku pun bkak baju untuk tengok apa masalah badan aku.

Amik kau. Urat kat badan aku semua naik. Dah macam alien aku tengok badan aku ni. Huhu. Aku tak tahu apa masalah badan aku hari ni. Tapi aku harap urat2 2 cpt la turun. Dah mcm nk kuar dari kulit aku je. Hahaha.

Skang aku tengah pening + skit dada. So agak mengarut untuk citer kali ni. Hehehe. Bengong aku ni.


Thursday 26 July 2012

Kelebihan Ayat Suci Al-Quran..

Ni aku terjumpa 1 blog yang menceritakan kelebihan ayat2 al-Quran yang sesuai di amalkan untuk kita semua.

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) 
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta 

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
 
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya. 

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
 
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka. 

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
 
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.. 

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
 
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.. 

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
 
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat. 

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
 
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi. 

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
 
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam. 

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
 
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah. 

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
 
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia. 

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. 

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
 
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau. 

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
 
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati. 

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
 
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya. 

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
 
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh. 

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
 
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah. 

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
 
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya. 

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
 
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya. 

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
 
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah. 

(20) SURAH MARYAM (Maryam)
 
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. 

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
 
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna. 

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
 
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t . 

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
 
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. 

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) 
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh. 

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
 
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai. 

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
 
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa. 

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
 
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu. 

(28) SURAH AN-NAML (Semut)
 
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya. 

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
 
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus. 



(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) 
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah. 

(31) SURAH AR-RUM (Rum) 
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya. 

(32) SURAH LUQMAN (Luqman) 
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir. 

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) 
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani. 

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) 
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. 

(35) SURAH SABA 
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman. 

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) 
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya. 

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) 
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian. 

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) 
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin. 

(39) SURAH SHAAD (Shaad) 
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat 
kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat ?Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain"

Wednesday 25 July 2012

Bidadari..


Hehehe. Mesti pelik kan dengan tajuk aku kali ni. Ni takde kena mengena aku jumpa bidadari macam dulu. Alangkah bagusnya dapat jumpa dia lagi. Mungkin aku akan menang pertandingan bowling yang akan diadakan kat pejabat aku tu. Hahaha. Okay lari topik jap. Sayang ku yang sedang membaca entry ni jangan salah paham. Hahaha.

Lagu ni aku amik sebab rasa macam kena je. Lagi pun lagu ni aku jumpa time tengok cerita cerekarama kat tv3 tajuk dia "perempuan neraka". Layan la gak. Memberi keinsafan pada diri aku. Hehehe. Tapi lagi bagus perempuan yang tengok cerita ni. Okay. Aku lari topik lagi. Huhu.

Aku harap dapat jadi bidadari kepada orang yang aku sayang. Supaya senang untuk aku jaga dorg. Tapi tu perkara mustahil kan untuk di lakukan. Aku hanya mampu berdoa pada Allah S.W.T untuk menghantar para malaikat untuk menjaga mereka ni.

Walaupun aku hanya manusia biasa. Tapi aku harap dapat menjaga dorg. Aku akan cuba layan dorg walaupun kadang2 aku tak larat nak layan. Tapi kadang2 aku selalu mengecewakan sesetengah orang. Kata nak jaga & teman dorg 24 jam. Tapi aku selalu buat dorg sedih. Tak semua. Certain2 orang la. Huhu.

Kadang2 aku selalu tidur lewat sebab nak teman si dia sampai la dia tidur. Kadang2 aku paksa dia teman aku. Hehehe. Tapi aku kadang2 serba salah mesej dengan dia sampai lewat pagi and menyebabkan dia bangun lewat or sakit kepala.

Sejak akhir2 ni dia selalu sakit kepala. Mula2 aku ingat masalah sebab menghadap komputer terlalu lama. Tapi bila di fikirkan secara mendalam. Aku rasa sebab dia selalu tidur lewat dan bangun awal. So dia tak dapat tidur yang cukup. Jadi secara automatik aku menyalahkan diri aku.

Tapi aku selalu tidur lewat melayan karenah dia. Kadang2 aku tak tidur langsung walaupun tengah penat bekerja or mengantok tahap dewa. Tapi aku tak kisah sangat. As long she happy. Aku tetap akan jaga dia. Mula2 aku nak merungut kat dia. Tapi tak jadi sebab aku tak nak dia rasa serba salah. Aku cuma nak dia bahagia walaupun aku selalu buat dia sedih.

Andai kata awak ada baca benda ni. Saya nak awak tahu yang saya sayang & cintakan awak. Saya harap dapat menjaga awak seperti seorang "Angel". Tapi saya hanya manusia biasa. Andai di takdirkan saya pergi menemui Pencipta kita. Saya harap Allah menghantar seseorang untuk menjaga awak selepas pemergian saya. Saya yakin awak akan dapat yang lebih baik dari saya. Hehehe.


Bayangkan saya buat macam ni kat awak. Hewhew. Comel je kan saya ni. Hoho. Perasan sudah.

Tuesday 24 July 2012

Blame it on me..


This song is maybe the right choice for this entry. Huhu. I really like this song though. It's really sad and have very meaningful messages.

Kita selalu je salahkan orang lain kan untuk kesalahan sendiri. Perkara biasa yang dilakukan oleh manusia kan. Aku pun tak lari dari semua tu. Aku selalu salahkan orang untuk kesalahan aku. Tapi kadang2 kesalahan orang tu yang memang nyata. Tapi aku jugak di salahkan. Dah macam lagu kat atas la gak. Huhu.

Kadang2 tak paham sifat manusia ni. Tapi ni la uniknya manusia. Tapi benda ni akan terjadi kat semua orang. Takde orang terpilih pun. Sebab benda ni lumrah hidup. Disalahkan or bersalah. Sifat buruk manusia. Huhu. Nak buat macam mana kan.

Aku kadang2 salahkan dia untuk kesalahan aku. Dia plak salahkan aku untuk kesalahan dia. Dua2 keras kepala. Tapi selalu yang mengalah dulu aku. Bukan dia. Ceh. Takde sifat sentimental langsung. Huhu. Kadang2 trasa gak. Dia tak pernah nak pujuk secara ikhlas. Yang dia tahu nak biar kan aku tenang je. Aku tak suka dia buat macam tu. Kalu boleh aku nak di comfort aku walaupun dia tak tahu nak buat macam mana.

Nak buat macam mana kan. Manusia ada pelbagai ragam. Kadang2 kita memang bersalah tapi kadang2 kita tak bersalah. Kita tak buat orang. Orang buat kita. Perkara biasa. Hehehe.

Monday 23 July 2012

Rindu..

Kenapa la aku boleh rasa rindu sangat2 kat dia ni? Dah lama sangat tak berjumpa. Hewhew. Tak tahu la kalu dia rindu kat aku or tak. Aku nak sangat hug + kiss dia. Hehehe. Rindu sangat ni. Hahahaha. Viewer jangan pk lucah je k. Just my imagination. Bukan aku bleh buat pun. Huhu. Ada niat. -.-'

Awak2. Walaupun kita jauh. Tapi hati kita tetap dekat kan. Hehehe. Awak soulmate saya. Saya rindu bangat kat awak. Saya harap dapat jumpa awak nanti. Nak tengok senyuman awak, ketawa jahat awk, dengar sindiran awak, tengok gelagat awak yg comel tu dan sebagainya. Hehehe. Saya sayang kat awak.


Hope awak terhibur dengan lagu ni. Tak tahu la okay ke tak. Tapi hope awak enjoy n viewer gak enjoy. Hehehe.


Monday 16 July 2012

Kebahagiaan...




Aku ni memang tak layak nak bahagia ke? Aku tak layak rasa gembira macam orang lain ke? Mana aku buat silap ni? Ni balasan Tuhan ke kat aku untuk masa silam aku? Ni ke yang perlu aku rasa untuk kehidupan aku skang ni?

Aku tak salah kan Tuhan untuk semua benda ni. Aku bersyukur sangat2 sebab Dia masih ingat kat hamba Dia yang dah lupa dunia ni dengan bagi aku dugaan ni. Dulu aku dah mula rasa give up bila kena dugaan macam ni. Aku dah tak nak hidup. Apa guna hidup kalau rasa diri ni tak berguna.

Ramai yang cakap ingat la keluarga especially mak n ayah aku. Tapi aku tak boleh. Aku penat nak teruskan kehidupan aku ni. Tapi aku jumpa dengan someone. Mungkin dia di pertemukan dengan aku adalah 1 jodoh. Entah kenapa dengan dia aku berterus terang tentang diri aku kat dia.

Dia banyak merubah aku. Buat aku nak hidup dengan lebih lama. Di sebabkan dia aku lebih dekat dengan Tuhan. Dia buat aku selalu berdoa kat Tuhan. Dia buat aku rasa Tuhan dekat dengan aku. Aku nak hidup lagi lama. Aku sedar tentang erti kehidupan. Aku bersyukur jugak sebab Tuhan hantar someone untuk buat aku nak hidup.

Tapi dugaan demi dugaan menimpa aku. Aku mula hilang semangat. Tapi Tuhan sentiasa bagi aku something yang boleh buat aku gembira balik dengan menghantar dia untuk menaikkan semangat aku. Aku bahagia sangat2 dengan dia.

Aku pernah berjanji dengan Allah kalau Dia makbulkan permintaan aku ni. Aku akan sentiasa jaga dia. Aku akan lindungi dia. Aku nak jadi suami kepada seorang wanita yang sangat2 aku sayang dan cinta. Aku mohon dia beri petunjuk yang mustahil untuk di minta. Tapi Allah Maha Kuasa. Dia makbulkan doa aku tu.

Tapi tak sangka doa aku tu ada kesan dia. Kesan tu sangat2 merobek hati aku. Kenapa time aku temui kebahagiaan jadi macam ni? Kenapa aku tak boleh bahagia? Di kala hati ni tengah mula bercantum. Tapi hancur balik. Aku rasa tak guna sangat. Malas la nak hidup macam ni.


Aku harap dia dapat bagi aku peluang untuk betulkan keadaan. Aku akan betulkan keadaan. Aku akan pertahankan hubungan aku ni walaupun aku terpaksa korbankan sebahagiaan diri aku. Bukan. Aku akan korbankan seluruh diri aku n apa yang aku nak untuk pertahankan hubungan ni. Biar aku takde kebahagiaan asalkan dia bahagia.

Kebahagiaan dia, senyuman dia, ketawa dia, semua tentang dia. Yang baik2 je. Kalu dia ada semua tu dah memadai untuk aku. Biar la dia amik kebahagiaan aku, senyuman aku, ketawa aku n apa jua benda yang aku ada. Aku bagi dia. Asalkan dia bahagia. Sebab aku tak layak rasa bahagia. Bila rasa bahagia orang terseksa sebab aku. Aku tak patut rasa bahagia.

Tapi aku nak semua orang sekeliling aku bahagia. Aku nak dia bahagia. Kalau aku dah pastikan dia bahagia. Aku . . . . .  Hmm....

My life is for her. I will never let her cry again. I don't care what people think about us. As long as she happy. I'm fine with that. I don't care if I will have no happiness in my life anymore. I don't care if I can't get what I want. Because all I want is her. I want her to be at my side all the times.

I want to be her angel. That always protected her eventhough we will be far away with each other. But I want her to know that I'm always at her side like an angel.

Hope dia terhibur dengan lagu ni. Aku tak tahu lagu apa yang sedap. Tapi dengar je la. Hehehe.



Friday 13 July 2012

UPU..

Hari paling sedih. Aku tak dapat UPU! :'( Benci benci benci. Akan aku buat rayuan. Aku takkan kalah dengan rejection ni. Aku akan merayu sampai dapat. Aku perlu sambung belajar dow.

Mana nak cari kerja kalu takde apa2 ni. Huhu. Kalu suruh aku amik diploma balik pun aku rela. Asalkan aku blajar. Huhu. Ni la akibatnya tak belajar dulu. Baru nak menyesal kan. Huhu.

Ya Allah tolong la hamba-Mu ni. Tolong la aku mendapat tawaran ke mana2 universiti. Aku doakan jugak kepada si dia. Tapi aku yakin dia mesti dapat rayuan ni. Walaupun kena reject untuk kali ni. Tapi aku tahu dia mesti dapat tawaran kalu dia buat rayuan la. Amin.

Thursday 12 July 2012

makanan..grrr..

Me want eat. Me hungry. Grrr. Urghh. (bhasa Hulk)
Serius aku lapar tahap nak makan org ni. Hahaha. Takde ke someone yg baik hati beli makanan untuk aku. Then bagi aku makan. Naa...Takde punya org nak buat mcm tu. Si dia pun takkan buat macam tu. Pernah buat sekali je kot. Hahaha.
Tapi serius aku lapar gila skang ni. Perut dah bernyanyi2 ni. Hahaha. Is anyone that can buy me a food? Hahaha. Kalu mengadu kat si dia. Mesti kena marah. Huhu. Salah aku gak. Tak nak aku dia jadi macam ni.
Lapar......................Me want eat...................Grrrrrrrrrrrrrrrrrrr............

Wednesday 11 July 2012

My love towards you never dies.

Gambar ni melambangkan diri dia. Means dia ibarat bulan yang tenang bila aku melihat wajah dia. Rasa seronok je tengok dia. Takkan jemu untuk tengok dia walaupun dah tua nanti. Berkedut, berjerawat or apa2 je la. Aku akan tetap anggap dia bulan aku.

Bila dia merajuk, aku pujuk.
Bila dia marah, aku redakan.
Bila dia buat silap, aku minta maaf.

Mungkin pelik kan dengan ayat kat atas ni. Tapi apa yang dia buat or apa2 je la. Aku tetap akan maafkan dan cuba sedaya upaya untuk betulkan keadaan. Aku tak rasa nak salahkan dia untuk kesilapan dia. Tapi semua dari aku gak.

Aku bahagia kalu dapat buat dia bahagia. Tanpa dia, aku takkan pernah hargai orang. Tanpa dia, aku takkan tahu macam mana rasanya bercinta dengan sepenuh hati.

Ramai yang menentang hubungan aku ng dia. Aku pun tak tahu kenapa semua org macam tu. Tapi aku tetap yakin dengan hubungan aku dengan dia. Cinta aku terhadap dia bukan cinta monyet lagi. Aku akan pastikan kami bersatu. Tapi aku hanya merancang. Tuhan yang tentukan. Tapi entah kenapa aku yakin Tuhan akan makbulkan permintaan aku ni.. Hehehe.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi kalu dia tengah baca ni. Aku nak dia tahu. "Saya sayang dan cintakan awak. Tanpa awak hidup saya tak lengkap. You are my soul."

Ni lagu aku pernah nyanyi untuk dia. Style giler aku ni. Hahaha. Tapi tak sedap la macam penyanyi asal. Huhu.

Ogre..Grr..

Tengok gambar mesti rasa macam pelik je kan. Hehehe. Benda saja je letak sebab si dia pose hari ni. Hahaha. Dia bila pose macam ni la gamaknya. Ganas. Hahaha.

Dia ibarat ogre. Me want eat. Me hungry. Urggh. (ckp mcm ogre..) Hahaha. Tapi dia sangat la comey. Hehehe. Berusaha ye ogre. You can do it! Hehehe.

Mesti dia jadi ogre time baca blog aku ni. Aku rasa dia akan jadi macam ni agaknya bila baca benda ni. Huhu.
Menakutkan. Hahaha. Anyway hope dia dapat atasi hari ni dengan sabar. Walaupun dari tadi aku menguji keimanan dia. Hahaha. I love you baby. Hehehe. Manja2 dalam blog ni. Hahaha. Sorry ye.  



Tuesday 10 July 2012

Trimas.

 
Lagu ni untuk seseorang. Tapi bukan si dia. Untuk dia nanti aku buat. Hehehe. Aku hope org tu dapat baca blog ni. Aku rasa la. Dia maybe stalk aku. Dia kawan yg baik untuk aku. Walaupun kadang2 cara dia salah. Tapi aku jugak salah dalam hal ni.

Aku cuma nak ucapkan terima kasih sepanjang kitorg berkenalan. Aku happy dengan dia. Walaupun kadang2 dia takde perasaan. Dan banyak kali aku tegur. Huhu. Tapi aku okay je dengan dia.

Apa yang aku nak sampai kan. Aku harap kalau ko tak puas hati. Just jumpa aku personally. Tak perlu perang kat fb. Tak perlu cerita keburukan aku kat kawan2 ko. Kalu tak puas hati dengan aku. Cakap dengan aku. Jangan letak kt wall ko or whatever la. Aku mintak maaf kalu aku dah sakitkan hati ko.

Hormat org lebih tua dari ko. Si dia tak tahu apa tentang ni dan dia lagi tua dari ko. Jangan sebab ko marah aku. Ko nak kutuk dia. Jangan babitkan orang lain dalam hal kita k. Be matured. Aku mintak maaf kalu aku buat salah.

Ye. Aku terasa dengan status ko kat fb. Kwn ko memang ramai. Tapi kalu aku update status tiba2 ko update kutuk org. Memang aku je la kan. Jangan bangga sangat la kata kat kwn2 ko k. Kalu ko n kwn2 ko bgga kutuk fizikal aku or apa2 je. Aku tak marah. Alhamdulillah la. Korg kutuk Pencipta korg gak. Bukan kutuk aku. Tapi aku berterima kasih la. Aku tahu korg ada perasaan. Just beringat la jangan kena korg balik.

Tapi aku doakn kebahagiaan ko n kwn2 ko 2. Hope korg sentiasa happy la. Untuk pengetahuan ko. Si dia dah tahu segala2 tentang kehidupan aku 100%. Aku tak tipu langsung kat dia. Aku citer semua tentang diri aku kat dia. Kalu ko rasa nak buat citer kurg enak tentang aku kat dia. Buat je. Jangan riso. Aku jujur dengan orang tentang masa silam aku walaupun aku di benci.

Aku cuma nak mintak maaf dan terima kasih sebab ko memberi "perhatian" kat aku. Aku harap kita sentiasa kawan n xde dendam. Ko budak yang baik. Jangan tukar diri ko sebab masalah macam ni. Aku suka ko yg dulu. Bukan yg mcm ni.

Okay. Aku rasa memang ko terasa punye. Tapi aku nak ko sedar. Aku mintak maaf. Tapi blog aku ni tak ramai macam orang lain. So aku rasa macam privasi sikit walaupun nak gak ramai baca blog aku ni. -.-'

Monday 9 July 2012

Pengotor..

Okay entry aku kali ni mungkin agak kotor sikit. Huhu. Tapi benda ni penting untuk diri kita. Hal ini berkaitan dengan tandas. Wow. Nak dekat PRU13 ni. Aku yang bersemangat ni. Hahaha. Sengal aku ni. -.-'
Anyway. Aku tadi nak pergi tandas. Hari ni kerap gila aku pergi tandas. Demam + minum air banyak sangat. Huhu. Aku kat tempat kerja. Hehehe.

Aku masuk je tandas aku pergi tempat hujung sekali. Tak tahu kenapa tempat tu macam menjadi tarikan untuk aku. Hehehe. Okay aku menyeleweng lagi. Aku dengar la bunyi air. Aku ingat kan ada orang guna tandas tu. Tapi aku tengok terbukak je pintu dia. Aku masuk2 je air tak tutup + dalam mangkuk tandas aku rasa benda tu. Ada tisu penuh and ada kesan najis. Erk. Damn! Kotor gila.

Aku mula2 kuar dari tandas tu and tapi patah balik and cuba flush. Pk flush rosak tapi okay je. Then aku tutup pili air tu. Semua elok je. Aku mati2 ingat rosak. Aku pelik sungguh dengan orang skang. Benda simple je tapi malas nak buat.

Aku pun pemalas gak dengan benda simple tapi benda ni hygiene kita kan. Jaga la sikit. Dah besar orang2 tempat aku kerja ni. Tapi benda macam ni pun perangai macam budak2. Huhu.

Ni je la apa yang aku nak cakap. Just hope kita jaga la kebersihan di sekeliling kita. Pesanan ni di sampai kan oleh Jabatan Alam Sekitar. Hahaha.