Wednesday, 5 September 2012

Perasaan apa ni?!!


Aku dah keliru dengan perasaan aku sendiri. Semua berlaku dengan pantas sekali. Aku keliru sangat2 sekarang ni.

Lepas aku dah okay dengan dia. Aku rasa macam ada jurang dengan dia. Mula2 aku pk dia yang mencipta jurang hubungan aku dengan dia. Tapi aku rasa aku yang mula buat macam tu.

Aku keliru. Dah tak tahu nak buat apa lagi. Kalau berterus terang takut dia salah paham. Tapi kalau tak berterus terang sama macam menyeksa jiwa aku ni. Boleh gila aku macam ni.


Aku tak rasa kebahagiaan macam dulu. Rasa macam berpura2 berbanding realiti. Aku pun dah tak mampu berpura2 lagi. Tapi aku perlu berkorban demi hubungan ni. Perubahan mesti di buat. Tapi perubahan ni buat aku rasa tak bahagia macam biasa.

Aku happy bila dia happy. Tapi aku tak boleh nak berubah seperti dia nak walaupun aku nak berubah. Sebab perubahan ni ubah aku lebih kepada sedih walaupun aku patut gembira. Perubahan yang lebih baik bukan. Sapa yang tak gembira kan? Lagi2 perubahan ni baik untuk hubungan aku dengan dia.

Apa yang aku rasa sekarang ni? Bahagia? Sedih? Gembira? Marah? Aku dah tak pasti. Semua perasaan tu tengah ada dalam diri aku ni. Aku penat. Aku keliru sangat2.

Aku cepat tension skang ni. Lebih2 lagi lepas cuba nak berubah. Benda kecik pun aku dah rasa nak terajang je. Aku punya panas baran makin meningkat. Aku tak nak rasa macam ni. Benci betul. Nak aku menjerit sekuat hati sekarang ni. Tapi tak boleh.


No comments:

Post a Comment