Monday 21 July 2014

Utk Dia..

Assalamualaikum..

Untuk entry kali ni..Aku tujukan khas kepada si dia..Nk tulis nama segan la plak..Tp aku rasa dia sedar kot kalau aku selit skit2 apa yang jadi antara kitorg..

Awk..Sy mntk maaf utk segala kesilapan yang telah saya lakukan terhadap diri awak..Apa yang saya dah buat dekat awak..Apa yang saya cakap dekat awak..dan sebagainya..Mungkin tak dapat di maafkan..

Saya tahu saya ni teruk orangnya..Saya berjanji nak berubah..Memang berubah tapi jadi lagi teruk..Bukan jadi lebih baik..Saya minta maaf untuk semua tu..

Makin hari hidup saya di landa kebosanan..Saya rasa kekurangan..Saya tak tahu kenapa saya rasa macam ni..Ni la namanya kehidupan kan..Bila ada depan mata tak nak hargai..Bila dah kehilangan baru rasa menyesal sangat..Kalau saya dapat putar masa..Saya harap sangat saya akan hargai awak mcm mana awak hargai saya dulu..

Tapi Allah lebih mengetahui..Ada sebab Dia buat macam ni dan duga kita macam ni..Saya memang bodoh sebab langsung tak hargai awak semasa awak memang sentiasa disisi saya..Saya buat awak macam sampah..

Tapi bila awak dah give up dan bencikan saya..Saya rasa macam bodoh sangat..Kenapa baru skang saya baru sedar? Saya tak tahu apa lagi yang boleh saya cakap..Saya cuma nak awak balik..Tapi mungkin dah terlambat..

Saya mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk segala kesilapan saya dekat awak..Saya harap saya akan berjumpa dengan awak lagi..Kali ni tanpa rasa dendam dan benci dalam hati masing2..




Thursday 17 July 2014

Stress..

Assalamualaikum. Sebenarnya aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Aku dah tak tahu nak luah kat sapa lagi. Cuma Allah je la tempat aku mengadu segala masalah aku. Jumpa la ketenangan sebentar lepas meluahkan masalah dekat Dia.

Aku stress sbb banyak masalah yang berlaku sampai aku dapat insomnia aku balik. Tidur lewat je. Bangun pagi kepala mereng. Sampai aku dah takde semangat nak bangun. Bila pergi kerja pun aku bawak motor menonong je. Tak tengok kiri kanan. Kadang2 tu ada la nak berlanggar dengan kereta dari arah belakang. Aku tak sedar langsung ada kereta kat belakang. Beristighfar panjang aku time tu.

Aku cuma perlukan someone untuk meluahkan perasaan aku. Tapi entah la. Ego masing2 tinggi sangat. Bila bertegur jadi gaduh. Sampai satu tahap aku dah give up nak betulkan keadaan. Aku biarkan je masalah ni jadi besar. Aku memang dodol dalam hal macam ni. Cakap je macam2 tapi bila jadi macam ni. Aku hilang arah.

Tapi tu la pasal. Dulu aku pernah kena macam ni. Amik berbulan la gak sebelum aku dapat balik semangat pejuang dalam diri aku. Aku kan raja. Haha. Mana boleh give up macam ni. Macam mana nak jadi pemimpin yang berjaya kalau aku biarkan diri aku terus tenggelam dalam masalah aku ni.

So skang aku dah mula menjatuhkan ego sendiri dan cuba untuk menyelesaikan masalah yang terjadi. Mana ada masalah takde cabaran kan. Berkat doa dan usaha. Insyallah. Aku yakin Allah akan permudahkan urusan aku. Dia takkan bagi dugaan ni dekat aku kalau Dia tak yakin aku boleh handle ni.

Aku harap blogger yang baca blog ni. Doakan la supaya aku dapat menyelesaikan masalah ni. Aku perlukan sokongan moral dari orang lain yang boleh memahami masalah aku ni. Terima Kasih...

Wednesday 2 July 2014

kisah cinta 3 segi..versi pelik III - kembali pulang


Aku rasa lagu ni kira ok kot utk tjuk n cerita yg akan di ceritakan. Huhu. Aku tak minat lagu english or lagu2 zman skang. Sowi. Tp kenapa aku mntk maaf? Aku pnyer cter n blog aku pnyer pasal la. Tp... Korg viewer aku. So nnt bg pandangan k. ;)

Pada keesokan harinya, semasa di dalam kelas. Mika tidak melihat Ren di dalamnya dan bukan sifat Ren untuk ponteng kelas lebih-lebih lagi kelas guru kesayangannya iaitu Cikgu Maria. Cikgu paling hot pada tahun lepas dan sebelumnya. Sentiasa mendapat undian paling tertinggi dalam semua pertandingan yang dia masuki sama ada dia teruk atau tidak. Dia akan menang kerana daya penarikan yang ada pada dirinya.

Mika mengelamun dan terfikir adakah dia punca untuk Ren tidak datang sekolah pada hari itu? Sedang dia mengelamun, Cikgu Maria memanggil semua nama pelajarnya dan semasa memanggil nama Mika dia tidak mendapat sebarang jawapan kerana dia melihat Mika sedang mengelamun. Dia datang dekat kepada Mika dan memanggil nama Mika berulang kali dan akhirnya panggilannya di sahut oleh Mika tetapi bukan yang sepatutnya, "Ya! Jawapan dia adalah kura-kura cikgu!" Mika menjawab dengan penuh semangat sehingga rakan-rakannya mentertawakan dia kerana jawapan yang dia berikan. "Berani awak mengelamun dalam kelas saya. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi, sekarang kamu pergi berdiri di luar dan fikirkan kesalahan kamu itu" arah Cikgu Maria dengan tegas.

Dengan berat hati Mika keluar dari kelas dan menyumpah Ren kerana menyebabkan dia kena berdiri di luar kelas. Tiba-tiba dia terdengar seseorang terbersin dan dia melihat seseorang di hadapannya dan dia merasakan dia tidak pernah nampak pelajar tersebut.

"Woi! Berangan ke apa? Pehal awak dengan awak ni? Kenapa awak kena berdiri di luar?" tanya pelajar tersebut tetapi tidak di endahkan oleh Mika kerana dia begitu terkejut melihat pelajar tersebut. Pelajar tersebut hanya memandang Mika dan terus masuk ke kelas sambil menarik Mika. Dia membuka pintu itu dan membuat Cikgu Maria dan 1 kelas begitu terkejut melihat pelajar tersebut. Mereka tidak pernah melihat pelajar terbabit dan menunjukkan reaksi yang pelik kecuali Cikgu Maria.

"Kenapa awak membawa masuk Mika? Dan mengapa awak datang lambat. Awak juga patut berdiri di luar Ren" arah Cikgu Maria. 1 kelas begitu terkejut dengan kata-kata Cikgu Maria dan tidak menyangka yang berdiri di hadapan mereka semua adalah Ren yang sangat berlainan sekali. Berpakaian dengan penuh segak dan punyai ciri-ciri lelaki yang penuh bergaya dan tampan..(pdhal bju skolah je..moi..) Perempuan di dalam kelas begitu terkejut dengan perubahan Ren dan mula jatuh hati kerana Ren begitu berbeza sekali. Dia sudah segak dan kemas tidak seperti dulu yang memakai pakaian mengikut kehendak dia dan selekeh.

"Maafkan saya cikgu. Saya terlewat kerana pergi ke pejabat pengetua untuk kemasukan pelajar baru dan saya menghantar mereka ke kelas masing-masing dan ada seorang pelajar baru yang akan masuk ke kelas kita ini. Saya harap cikgu paham dengan apa yang saya lalui." jawab Ren dengan penuh berhemah. 1 kelas dia bagaikan tidak percaya bahawa Ren boleh berkata dengan begitu berhemah terutamanya Mika. Dia bagaikan tidak percaya di hadapan dia ialah orang yang dia cintai.

"Baiklah. Cikgu paham apa yang kamu cuba sampaikan." balas Cikgu Maria. Selepas itu, Ren meminta izin untuk membawa masuk pelajar berkenaan. Apabila Ren membawa masuk pelajar tersebut Mika bagaikan tidak percaya bahawa pelajar tersebut ialah Jin. Mika bagaikan ingin menjerit tetapi Ren sempat menghalang dia dan meminta untuk Mika menjalankan hukuman dia iaitu berdiri di luar. Selepas tamat sesi pembelajaran, Mika ingin mendekati Ren tetapi belum sempat dia berbuat demikian Ren telah menghilangkan diri.

Mika mencari Ren di atas bumbung kerana kebiasaannya Ren akan melepak di situ. Sedang Mika ingin sampai ke bumbung. Dia berhenti setelah melihat Ren dengan seorang pelajar perempuan. Mika tidak dapat mendengar perbualan antara mereka kerana jarak mereka agak jauh.

"Rupa-rupanya awak ialah anak kepada pengerusi Global Green kan? Renji Shimonji." soal pelajar terbabit. Ren hanya kelihatan tenang lantas menjawab, "Saya tiada kena mengena dalam keluarga tu. Saya Ren bukan Renji."

"Awak jangan menipu lagi. Saya dah cari maklumat tentang awak dalam komputer sekolah. Nah ini buktinya" kata pelajar itu dan melontar salinan maklumat tentang diri Ren. Pelajar itu menyambung lagi, " Patut la awak tak pernah di buang sekolah walaupun sering melakukan perkara yang tak masuk akal". Ren hanya tersenyum dan bertanya kepada pelajar tersebut apa yang dia inginkan.

"Saya hanya mahu awak menjadi hamba saya dan membiayai saya" jelas pelajar terbabit.

"Baik la. Saya setuju. Jangan risau segala keresahan awak akan saya buang" jawab Ren dengan penuh yakin. Pelajar merasa malu dan marah lalu mengingatkan Ren apa yang mereka persetujui dan dia terus pergi meninggalkan Ren kerana loceng sudah berbunyi.

Mika bagai tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Kawan yang selama ini dia berkawan rupanya anak tokoh usahawan yang paling berjaya. Selama dia berkawan dengan Ren. Dia cuma berkata yang dia anak nelayan dan Mika sendiri pernah melihat rumah tersebut dan "keluarga" di dalam rumah tersebut.

Siapakah Ren sebenarnya? Mika begitu keliru sekali dengan apa yang sedang berlaku. Dia pun masuk ke kelas dengan seribu pertanyaan.

Semasa di dalam kelas, Mika telah disapa oleh seseorang, " Mika, boleh saya bercakap dengan awak sebentar?" Mika berhenti dari lamunan dia dan melihat Otto sedang berada di hadapan dia. Mika terkejut dan hampir menjerit sebelum sempat ditenangkan oleh Otto. Lalu Otto meminta untuk mengajak Mika menunggu dia dan rakannya selepas waktu sekolah untuk memberitahu sesuatu perkara.

Apakah yang ingin dilakukan oleh Otto dan rakan-rakannya kepada Mika? Dan apakah motif Ren menyorokkan identiti dia?