Wednesday 19 September 2012

Kawan..


Aku tak tahu la lagu ni kena ke tak..Tapi just layan je la..Hehehe..

Aku ni bukan la org yang takde kawan..Tapi entah la..Aku jenis yang takde kawan yang betul2 masuk dengan perangai aku..Kecuali sorg dua je la..Aku ada sorg kawan yg selalu la gak jadi mangsa untuk aku mengadu masalah..Kdg2 terasa gay plak..Hahaha..Tapi aku xde anggp macam tu plak..Normal lagi sebab aku ada awek..Hehehe..

Tapi kali ni aku takde la benda yang menarik sangat..Cuma tadi godek2 blog2 org yang aku follow..Aku terjumpa satu yang menarik minat..Macam kesian pun ada..Tapi aku tak tahu nak buat macam mana..Aku jenis org yang boleh tolong org tanpa pk pnjang..Tapi aku takut nk hulurkan bantuan..Sebab aku tahu dia takkan terima punya..

Cuma aku harap dia dapat tabahkan hati dia..Sebab aku tahu dia kuat..Walaupun dia jatuh dia tetap boleh bangun..Lagipun dia bukan berseorangan..Dia ramai kawan2 yang akan tolong angkat dia walaupun dia tengah jatuh..Jangan kata angkat..Aku rasa dukung pun boleh..Heheheh..

Aku tak tahu la dia akan baca or tak benda ni..Just kalau dia perlukan bantuan or someone..Aku ada untuk dia sebagai seorang kawan..Lagipun aku tak pernah hargai kawan..So aku nak berubah dengan menghargai kawan2 aku..Aku dah paham erti persahabatan..Walaupun banyak lagi yang perlu aku tahu dari seorang sahabat..:)

Thursday 13 September 2012

Perasan Sebentar...Hehehe..


Mungkin lagu ni sesuai kot. Tapi jangan di sebabkan lagu org yang baca salah paham apa yang aku cuba sampaikan. Huhu. Selalu ada je yang salah paham dengan blog aku ni sampai jadi isu. Susah jadi org popular ni. Hehehe.

Sejak aku mempunyai hubungan yang special ni. Tiba2 ramai yang cari aku. Terutamanya perempuan la. (ex aku je pun) Pelik sungguh aku dengan mereka semua. Tapi comel je kan. Aku tiba2 jadi hot. Rasa macam org kahwin je sebab ramai tiba2 nak berkenalan dengan kekasih hati aku tu. Hahaha.

Tapi jadi 1 masalah sebab dia tak suka org yang dia tak kenal add dia. Lebih2 lagi semua yang add dia tu ex aku kan. Sapa tak jeles. Kalau aku pun mesti jeles kan. Hehehe. Kitorg saling melengkapi and saling mencemburui. Hehehe.

Tapi aku suka bila si dia marah sebab comel and protective giler kat. Untuk hal macam ni la. Hal lain dia menakutkan macam ogre tengah marah. Hehehe. (sila tgk pic)


Ada one day tu, dia gatal2 buka fb aku tanpa pengetahuan aku. Amek kau. Ada ex aku hantar chat. Rasa macam kantoi je kan. Tapi kalau aku dah bg dia password fb. Apa function aku takut kan? Kita kena berani sebab benar. Tapi dia cemburu gak. Kelakar je.

F.Y.I - ex yg hntar chat tu dh bertunang..semoga bhagia bdak kecik..nnt kahwin jgn lupa jemput tau bdak..:)

Ada one day tu, si dia buat lawak comel dengan aku. Ada ke patut mintak senarai nama ex2 aku. Kalau sikit takpe gak kn. Opss..Terhot la plak kat sini. Hehehe. Tapi serius comel je bila dia cemburu. Dulu tak macam tu. Org dah sayang kan. Heheheh..


Tu je la aku nak merepek dalam ni. Hehehe. Aku nak perasan hot sekejap je. Kalau lebih2 nanti ada org tu marah. Hehehe. Oh. Aku suka dengar satu lagu ni. Dari dulu lagi. Tak tahu la kenapa tapi lagu ni sentiasa memikat hati aku.


Wednesday 5 September 2012

Perasaan apa ni?!!


Aku dah keliru dengan perasaan aku sendiri. Semua berlaku dengan pantas sekali. Aku keliru sangat2 sekarang ni.

Lepas aku dah okay dengan dia. Aku rasa macam ada jurang dengan dia. Mula2 aku pk dia yang mencipta jurang hubungan aku dengan dia. Tapi aku rasa aku yang mula buat macam tu.

Aku keliru. Dah tak tahu nak buat apa lagi. Kalau berterus terang takut dia salah paham. Tapi kalau tak berterus terang sama macam menyeksa jiwa aku ni. Boleh gila aku macam ni.


Aku tak rasa kebahagiaan macam dulu. Rasa macam berpura2 berbanding realiti. Aku pun dah tak mampu berpura2 lagi. Tapi aku perlu berkorban demi hubungan ni. Perubahan mesti di buat. Tapi perubahan ni buat aku rasa tak bahagia macam biasa.

Aku happy bila dia happy. Tapi aku tak boleh nak berubah seperti dia nak walaupun aku nak berubah. Sebab perubahan ni ubah aku lebih kepada sedih walaupun aku patut gembira. Perubahan yang lebih baik bukan. Sapa yang tak gembira kan? Lagi2 perubahan ni baik untuk hubungan aku dengan dia.

Apa yang aku rasa sekarang ni? Bahagia? Sedih? Gembira? Marah? Aku dah tak pasti. Semua perasaan tu tengah ada dalam diri aku ni. Aku penat. Aku keliru sangat2.

Aku cepat tension skang ni. Lebih2 lagi lepas cuba nak berubah. Benda kecik pun aku dah rasa nak terajang je. Aku punya panas baran makin meningkat. Aku tak nak rasa macam ni. Benci betul. Nak aku menjerit sekuat hati sekarang ni. Tapi tak boleh.