Tuesday 31 July 2012

Aku alien siot!!


Okay. Mesti pelik dengan tajuk aku kali ni. Aku suka tajuk pelik2 + gmbr seram. Hewhew. Tapi kali ni cter pendek je.

Aku tak tahu kenapa hari ni badan aku sakit2 je. Terpaksa la pergi tandas exercise. Hehehe. (dlm tndas pn bleh exercise..hehehe..) Dah bnyak kali pergi. Aku tak puas hati la kenapa sakit sangat. Aku pun bkak baju untuk tengok apa masalah badan aku.

Amik kau. Urat kat badan aku semua naik. Dah macam alien aku tengok badan aku ni. Huhu. Aku tak tahu apa masalah badan aku hari ni. Tapi aku harap urat2 2 cpt la turun. Dah mcm nk kuar dari kulit aku je. Hahaha.

Skang aku tengah pening + skit dada. So agak mengarut untuk citer kali ni. Hehehe. Bengong aku ni.


Thursday 26 July 2012

Kelebihan Ayat Suci Al-Quran..

Ni aku terjumpa 1 blog yang menceritakan kelebihan ayat2 al-Quran yang sesuai di amalkan untuk kita semua.

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) 
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta 

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
 
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya. 

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
 
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka. 

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
 
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.. 

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
 
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.. 

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
 
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat. 

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
 
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi. 

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
 
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam. 

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
 
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah. 

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
 
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia. 

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. 

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
 
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau. 

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
 
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati. 

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
 
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya. 

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
 
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh. 

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
 
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah. 

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
 
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya. 

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
 
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya. 

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
 
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah. 

(20) SURAH MARYAM (Maryam)
 
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. 

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
 
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna. 

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
 
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t . 

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
 
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. 

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) 
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh. 

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
 
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai. 

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
 
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa. 

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
 
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu. 

(28) SURAH AN-NAML (Semut)
 
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya. 

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
 
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus. 



(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) 
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah. 

(31) SURAH AR-RUM (Rum) 
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya. 

(32) SURAH LUQMAN (Luqman) 
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir. 

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) 
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani. 

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) 
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. 

(35) SURAH SABA 
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman. 

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) 
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya. 

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) 
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian. 

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) 
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin. 

(39) SURAH SHAAD (Shaad) 
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat 
kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat ?Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain"

Wednesday 25 July 2012

Bidadari..


Hehehe. Mesti pelik kan dengan tajuk aku kali ni. Ni takde kena mengena aku jumpa bidadari macam dulu. Alangkah bagusnya dapat jumpa dia lagi. Mungkin aku akan menang pertandingan bowling yang akan diadakan kat pejabat aku tu. Hahaha. Okay lari topik jap. Sayang ku yang sedang membaca entry ni jangan salah paham. Hahaha.

Lagu ni aku amik sebab rasa macam kena je. Lagi pun lagu ni aku jumpa time tengok cerita cerekarama kat tv3 tajuk dia "perempuan neraka". Layan la gak. Memberi keinsafan pada diri aku. Hehehe. Tapi lagi bagus perempuan yang tengok cerita ni. Okay. Aku lari topik lagi. Huhu.

Aku harap dapat jadi bidadari kepada orang yang aku sayang. Supaya senang untuk aku jaga dorg. Tapi tu perkara mustahil kan untuk di lakukan. Aku hanya mampu berdoa pada Allah S.W.T untuk menghantar para malaikat untuk menjaga mereka ni.

Walaupun aku hanya manusia biasa. Tapi aku harap dapat menjaga dorg. Aku akan cuba layan dorg walaupun kadang2 aku tak larat nak layan. Tapi kadang2 aku selalu mengecewakan sesetengah orang. Kata nak jaga & teman dorg 24 jam. Tapi aku selalu buat dorg sedih. Tak semua. Certain2 orang la. Huhu.

Kadang2 aku selalu tidur lewat sebab nak teman si dia sampai la dia tidur. Kadang2 aku paksa dia teman aku. Hehehe. Tapi aku kadang2 serba salah mesej dengan dia sampai lewat pagi and menyebabkan dia bangun lewat or sakit kepala.

Sejak akhir2 ni dia selalu sakit kepala. Mula2 aku ingat masalah sebab menghadap komputer terlalu lama. Tapi bila di fikirkan secara mendalam. Aku rasa sebab dia selalu tidur lewat dan bangun awal. So dia tak dapat tidur yang cukup. Jadi secara automatik aku menyalahkan diri aku.

Tapi aku selalu tidur lewat melayan karenah dia. Kadang2 aku tak tidur langsung walaupun tengah penat bekerja or mengantok tahap dewa. Tapi aku tak kisah sangat. As long she happy. Aku tetap akan jaga dia. Mula2 aku nak merungut kat dia. Tapi tak jadi sebab aku tak nak dia rasa serba salah. Aku cuma nak dia bahagia walaupun aku selalu buat dia sedih.

Andai kata awak ada baca benda ni. Saya nak awak tahu yang saya sayang & cintakan awak. Saya harap dapat menjaga awak seperti seorang "Angel". Tapi saya hanya manusia biasa. Andai di takdirkan saya pergi menemui Pencipta kita. Saya harap Allah menghantar seseorang untuk menjaga awak selepas pemergian saya. Saya yakin awak akan dapat yang lebih baik dari saya. Hehehe.


Bayangkan saya buat macam ni kat awak. Hewhew. Comel je kan saya ni. Hoho. Perasan sudah.

Tuesday 24 July 2012

Blame it on me..


This song is maybe the right choice for this entry. Huhu. I really like this song though. It's really sad and have very meaningful messages.

Kita selalu je salahkan orang lain kan untuk kesalahan sendiri. Perkara biasa yang dilakukan oleh manusia kan. Aku pun tak lari dari semua tu. Aku selalu salahkan orang untuk kesalahan aku. Tapi kadang2 kesalahan orang tu yang memang nyata. Tapi aku jugak di salahkan. Dah macam lagu kat atas la gak. Huhu.

Kadang2 tak paham sifat manusia ni. Tapi ni la uniknya manusia. Tapi benda ni akan terjadi kat semua orang. Takde orang terpilih pun. Sebab benda ni lumrah hidup. Disalahkan or bersalah. Sifat buruk manusia. Huhu. Nak buat macam mana kan.

Aku kadang2 salahkan dia untuk kesalahan aku. Dia plak salahkan aku untuk kesalahan dia. Dua2 keras kepala. Tapi selalu yang mengalah dulu aku. Bukan dia. Ceh. Takde sifat sentimental langsung. Huhu. Kadang2 trasa gak. Dia tak pernah nak pujuk secara ikhlas. Yang dia tahu nak biar kan aku tenang je. Aku tak suka dia buat macam tu. Kalu boleh aku nak di comfort aku walaupun dia tak tahu nak buat macam mana.

Nak buat macam mana kan. Manusia ada pelbagai ragam. Kadang2 kita memang bersalah tapi kadang2 kita tak bersalah. Kita tak buat orang. Orang buat kita. Perkara biasa. Hehehe.

Monday 23 July 2012

Rindu..

Kenapa la aku boleh rasa rindu sangat2 kat dia ni? Dah lama sangat tak berjumpa. Hewhew. Tak tahu la kalu dia rindu kat aku or tak. Aku nak sangat hug + kiss dia. Hehehe. Rindu sangat ni. Hahahaha. Viewer jangan pk lucah je k. Just my imagination. Bukan aku bleh buat pun. Huhu. Ada niat. -.-'

Awak2. Walaupun kita jauh. Tapi hati kita tetap dekat kan. Hehehe. Awak soulmate saya. Saya rindu bangat kat awak. Saya harap dapat jumpa awak nanti. Nak tengok senyuman awak, ketawa jahat awk, dengar sindiran awak, tengok gelagat awak yg comel tu dan sebagainya. Hehehe. Saya sayang kat awak.


Hope awak terhibur dengan lagu ni. Tak tahu la okay ke tak. Tapi hope awak enjoy n viewer gak enjoy. Hehehe.


Monday 16 July 2012

Kebahagiaan...




Aku ni memang tak layak nak bahagia ke? Aku tak layak rasa gembira macam orang lain ke? Mana aku buat silap ni? Ni balasan Tuhan ke kat aku untuk masa silam aku? Ni ke yang perlu aku rasa untuk kehidupan aku skang ni?

Aku tak salah kan Tuhan untuk semua benda ni. Aku bersyukur sangat2 sebab Dia masih ingat kat hamba Dia yang dah lupa dunia ni dengan bagi aku dugaan ni. Dulu aku dah mula rasa give up bila kena dugaan macam ni. Aku dah tak nak hidup. Apa guna hidup kalau rasa diri ni tak berguna.

Ramai yang cakap ingat la keluarga especially mak n ayah aku. Tapi aku tak boleh. Aku penat nak teruskan kehidupan aku ni. Tapi aku jumpa dengan someone. Mungkin dia di pertemukan dengan aku adalah 1 jodoh. Entah kenapa dengan dia aku berterus terang tentang diri aku kat dia.

Dia banyak merubah aku. Buat aku nak hidup dengan lebih lama. Di sebabkan dia aku lebih dekat dengan Tuhan. Dia buat aku selalu berdoa kat Tuhan. Dia buat aku rasa Tuhan dekat dengan aku. Aku nak hidup lagi lama. Aku sedar tentang erti kehidupan. Aku bersyukur jugak sebab Tuhan hantar someone untuk buat aku nak hidup.

Tapi dugaan demi dugaan menimpa aku. Aku mula hilang semangat. Tapi Tuhan sentiasa bagi aku something yang boleh buat aku gembira balik dengan menghantar dia untuk menaikkan semangat aku. Aku bahagia sangat2 dengan dia.

Aku pernah berjanji dengan Allah kalau Dia makbulkan permintaan aku ni. Aku akan sentiasa jaga dia. Aku akan lindungi dia. Aku nak jadi suami kepada seorang wanita yang sangat2 aku sayang dan cinta. Aku mohon dia beri petunjuk yang mustahil untuk di minta. Tapi Allah Maha Kuasa. Dia makbulkan doa aku tu.

Tapi tak sangka doa aku tu ada kesan dia. Kesan tu sangat2 merobek hati aku. Kenapa time aku temui kebahagiaan jadi macam ni? Kenapa aku tak boleh bahagia? Di kala hati ni tengah mula bercantum. Tapi hancur balik. Aku rasa tak guna sangat. Malas la nak hidup macam ni.


Aku harap dia dapat bagi aku peluang untuk betulkan keadaan. Aku akan betulkan keadaan. Aku akan pertahankan hubungan aku ni walaupun aku terpaksa korbankan sebahagiaan diri aku. Bukan. Aku akan korbankan seluruh diri aku n apa yang aku nak untuk pertahankan hubungan ni. Biar aku takde kebahagiaan asalkan dia bahagia.

Kebahagiaan dia, senyuman dia, ketawa dia, semua tentang dia. Yang baik2 je. Kalu dia ada semua tu dah memadai untuk aku. Biar la dia amik kebahagiaan aku, senyuman aku, ketawa aku n apa jua benda yang aku ada. Aku bagi dia. Asalkan dia bahagia. Sebab aku tak layak rasa bahagia. Bila rasa bahagia orang terseksa sebab aku. Aku tak patut rasa bahagia.

Tapi aku nak semua orang sekeliling aku bahagia. Aku nak dia bahagia. Kalau aku dah pastikan dia bahagia. Aku . . . . .  Hmm....

My life is for her. I will never let her cry again. I don't care what people think about us. As long as she happy. I'm fine with that. I don't care if I will have no happiness in my life anymore. I don't care if I can't get what I want. Because all I want is her. I want her to be at my side all the times.

I want to be her angel. That always protected her eventhough we will be far away with each other. But I want her to know that I'm always at her side like an angel.

Hope dia terhibur dengan lagu ni. Aku tak tahu lagu apa yang sedap. Tapi dengar je la. Hehehe.



Friday 13 July 2012

UPU..

Hari paling sedih. Aku tak dapat UPU! :'( Benci benci benci. Akan aku buat rayuan. Aku takkan kalah dengan rejection ni. Aku akan merayu sampai dapat. Aku perlu sambung belajar dow.

Mana nak cari kerja kalu takde apa2 ni. Huhu. Kalu suruh aku amik diploma balik pun aku rela. Asalkan aku blajar. Huhu. Ni la akibatnya tak belajar dulu. Baru nak menyesal kan. Huhu.

Ya Allah tolong la hamba-Mu ni. Tolong la aku mendapat tawaran ke mana2 universiti. Aku doakan jugak kepada si dia. Tapi aku yakin dia mesti dapat rayuan ni. Walaupun kena reject untuk kali ni. Tapi aku tahu dia mesti dapat tawaran kalu dia buat rayuan la. Amin.

Thursday 12 July 2012

makanan..grrr..

Me want eat. Me hungry. Grrr. Urghh. (bhasa Hulk)
Serius aku lapar tahap nak makan org ni. Hahaha. Takde ke someone yg baik hati beli makanan untuk aku. Then bagi aku makan. Naa...Takde punya org nak buat mcm tu. Si dia pun takkan buat macam tu. Pernah buat sekali je kot. Hahaha.
Tapi serius aku lapar gila skang ni. Perut dah bernyanyi2 ni. Hahaha. Is anyone that can buy me a food? Hahaha. Kalu mengadu kat si dia. Mesti kena marah. Huhu. Salah aku gak. Tak nak aku dia jadi macam ni.
Lapar......................Me want eat...................Grrrrrrrrrrrrrrrrrrr............

Wednesday 11 July 2012

My love towards you never dies.

Gambar ni melambangkan diri dia. Means dia ibarat bulan yang tenang bila aku melihat wajah dia. Rasa seronok je tengok dia. Takkan jemu untuk tengok dia walaupun dah tua nanti. Berkedut, berjerawat or apa2 je la. Aku akan tetap anggap dia bulan aku.

Bila dia merajuk, aku pujuk.
Bila dia marah, aku redakan.
Bila dia buat silap, aku minta maaf.

Mungkin pelik kan dengan ayat kat atas ni. Tapi apa yang dia buat or apa2 je la. Aku tetap akan maafkan dan cuba sedaya upaya untuk betulkan keadaan. Aku tak rasa nak salahkan dia untuk kesilapan dia. Tapi semua dari aku gak.

Aku bahagia kalu dapat buat dia bahagia. Tanpa dia, aku takkan pernah hargai orang. Tanpa dia, aku takkan tahu macam mana rasanya bercinta dengan sepenuh hati.

Ramai yang menentang hubungan aku ng dia. Aku pun tak tahu kenapa semua org macam tu. Tapi aku tetap yakin dengan hubungan aku dengan dia. Cinta aku terhadap dia bukan cinta monyet lagi. Aku akan pastikan kami bersatu. Tapi aku hanya merancang. Tuhan yang tentukan. Tapi entah kenapa aku yakin Tuhan akan makbulkan permintaan aku ni.. Hehehe.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi kalu dia tengah baca ni. Aku nak dia tahu. "Saya sayang dan cintakan awak. Tanpa awak hidup saya tak lengkap. You are my soul."

Ni lagu aku pernah nyanyi untuk dia. Style giler aku ni. Hahaha. Tapi tak sedap la macam penyanyi asal. Huhu.

Ogre..Grr..

Tengok gambar mesti rasa macam pelik je kan. Hehehe. Benda saja je letak sebab si dia pose hari ni. Hahaha. Dia bila pose macam ni la gamaknya. Ganas. Hahaha.

Dia ibarat ogre. Me want eat. Me hungry. Urggh. (ckp mcm ogre..) Hahaha. Tapi dia sangat la comey. Hehehe. Berusaha ye ogre. You can do it! Hehehe.

Mesti dia jadi ogre time baca blog aku ni. Aku rasa dia akan jadi macam ni agaknya bila baca benda ni. Huhu.
Menakutkan. Hahaha. Anyway hope dia dapat atasi hari ni dengan sabar. Walaupun dari tadi aku menguji keimanan dia. Hahaha. I love you baby. Hehehe. Manja2 dalam blog ni. Hahaha. Sorry ye.  



Tuesday 10 July 2012

Trimas.

 
Lagu ni untuk seseorang. Tapi bukan si dia. Untuk dia nanti aku buat. Hehehe. Aku hope org tu dapat baca blog ni. Aku rasa la. Dia maybe stalk aku. Dia kawan yg baik untuk aku. Walaupun kadang2 cara dia salah. Tapi aku jugak salah dalam hal ni.

Aku cuma nak ucapkan terima kasih sepanjang kitorg berkenalan. Aku happy dengan dia. Walaupun kadang2 dia takde perasaan. Dan banyak kali aku tegur. Huhu. Tapi aku okay je dengan dia.

Apa yang aku nak sampai kan. Aku harap kalau ko tak puas hati. Just jumpa aku personally. Tak perlu perang kat fb. Tak perlu cerita keburukan aku kat kawan2 ko. Kalu tak puas hati dengan aku. Cakap dengan aku. Jangan letak kt wall ko or whatever la. Aku mintak maaf kalu aku dah sakitkan hati ko.

Hormat org lebih tua dari ko. Si dia tak tahu apa tentang ni dan dia lagi tua dari ko. Jangan sebab ko marah aku. Ko nak kutuk dia. Jangan babitkan orang lain dalam hal kita k. Be matured. Aku mintak maaf kalu aku buat salah.

Ye. Aku terasa dengan status ko kat fb. Kwn ko memang ramai. Tapi kalu aku update status tiba2 ko update kutuk org. Memang aku je la kan. Jangan bangga sangat la kata kat kwn2 ko k. Kalu ko n kwn2 ko bgga kutuk fizikal aku or apa2 je. Aku tak marah. Alhamdulillah la. Korg kutuk Pencipta korg gak. Bukan kutuk aku. Tapi aku berterima kasih la. Aku tahu korg ada perasaan. Just beringat la jangan kena korg balik.

Tapi aku doakn kebahagiaan ko n kwn2 ko 2. Hope korg sentiasa happy la. Untuk pengetahuan ko. Si dia dah tahu segala2 tentang kehidupan aku 100%. Aku tak tipu langsung kat dia. Aku citer semua tentang diri aku kat dia. Kalu ko rasa nak buat citer kurg enak tentang aku kat dia. Buat je. Jangan riso. Aku jujur dengan orang tentang masa silam aku walaupun aku di benci.

Aku cuma nak mintak maaf dan terima kasih sebab ko memberi "perhatian" kat aku. Aku harap kita sentiasa kawan n xde dendam. Ko budak yang baik. Jangan tukar diri ko sebab masalah macam ni. Aku suka ko yg dulu. Bukan yg mcm ni.

Okay. Aku rasa memang ko terasa punye. Tapi aku nak ko sedar. Aku mintak maaf. Tapi blog aku ni tak ramai macam orang lain. So aku rasa macam privasi sikit walaupun nak gak ramai baca blog aku ni. -.-'

Monday 9 July 2012

Pengotor..

Okay entry aku kali ni mungkin agak kotor sikit. Huhu. Tapi benda ni penting untuk diri kita. Hal ini berkaitan dengan tandas. Wow. Nak dekat PRU13 ni. Aku yang bersemangat ni. Hahaha. Sengal aku ni. -.-'
Anyway. Aku tadi nak pergi tandas. Hari ni kerap gila aku pergi tandas. Demam + minum air banyak sangat. Huhu. Aku kat tempat kerja. Hehehe.

Aku masuk je tandas aku pergi tempat hujung sekali. Tak tahu kenapa tempat tu macam menjadi tarikan untuk aku. Hehehe. Okay aku menyeleweng lagi. Aku dengar la bunyi air. Aku ingat kan ada orang guna tandas tu. Tapi aku tengok terbukak je pintu dia. Aku masuk2 je air tak tutup + dalam mangkuk tandas aku rasa benda tu. Ada tisu penuh and ada kesan najis. Erk. Damn! Kotor gila.

Aku mula2 kuar dari tandas tu and tapi patah balik and cuba flush. Pk flush rosak tapi okay je. Then aku tutup pili air tu. Semua elok je. Aku mati2 ingat rosak. Aku pelik sungguh dengan orang skang. Benda simple je tapi malas nak buat.

Aku pun pemalas gak dengan benda simple tapi benda ni hygiene kita kan. Jaga la sikit. Dah besar orang2 tempat aku kerja ni. Tapi benda macam ni pun perangai macam budak2. Huhu.

Ni je la apa yang aku nak cakap. Just hope kita jaga la kebersihan di sekeliling kita. Pesanan ni di sampai kan oleh Jabatan Alam Sekitar. Hahaha.


Friday 6 July 2012

Benda pelik..-.-'

Semalam aku gerak mines dengan member aku Afiq. Ajak someone tapi dia bantai tidur kat rumah member dia. Ceh. Kacau je kawan dia tu. Anyway ni bukan citer yang aku nak kongsikan dengan pembaca yang di hormati. Hehehe.

Kat atas motor seronok bersembang sampai tak perasan dah duduk tengah lane tempat kereta. Hampir je kena langgar. Then boleh bantai tutup mata tido atas motor jap. Tak pernah2 aku rasa mengantok sangat time atas motor. Sumpahan dari si dia. -.-'

Sampai je mines. Kitorg terus gerak gi foodcourt. Tengah cari makanan. Aku nampak awek cun ng pkwe dia. Sweet je perempuan tu. Hehehe. Tapi lelaki 2 telah memalukan kaum Adam dengan meminta duit dari si Hawa. Tak kisah la kalu duduk berdua perempuan kuar duit kan. Tapi terang2 budak laki tu mintak duit dari perempuan tu. Siap kuar dari beg dompet bagi kat budak tu. Macam mak bagi anak duit beli gula2 then suruh main jauh2. Hahaha.

Aku ng Afiq (mls nk guna mmber aku) pun duduk then sembang2 sampai la ada sorg budak laki tu tiba2 je usha panas kat Afiq. Duduk sebelah then obvious sangat pandang tak puas hati. Tiba2 tengok dia cakap something kat member dia.Then member dia pun pandang la kitorg. What the fish?! Nak gadoh cakap je la kan. Ni usha macam perogol je. Hahaha.

Kitorg blah. Then time nak turun escalator. Afiq boleh terkejut ingatkan adik dia kat depan dia coz muka budak lelaki tu macam adik dia. (lelaki yg len) Aku tengok awek dia punye la lentik + cun + sksa. Aku usha la pkwe dia betul2. Then aku gelak la. Aku cakap kat Afiq. Budak tu dah ada gaya semua bagai. Tapi baju butang atas. Muka dah ganas. Jahat aku skang ni.

Entah macam mana. Kitorg pergi la usha baju kat 1 kedai tu. Jodoh plak. Untuk Afiq tu la. Hehehe. Mamat tu datang kedai tu and still usha Afiq. Fuhh. Selamat aku. Hahaha. Tapi dalam kedai tu gak ada sorg gurl yg agak cute. Pandang aku then segan2. Susah aku jadi hensem ni. Hehehe. Aku kuar r dari kedai tu. Malu aku org usha macam tu. Huhu.

Aku pun masuk balik kedai setelah Afiq mencuba baju macam perempuan. Lama gila. Aku pun usha awek cashier tu. Comey dow. Chinese rght. Of course la putih + kecik. Depan kaunter aku cakap kat Afiq.

Me : Dude. Awek cashier tu comel la.
Afiq : Tahu. Ko sempat lagi kan.
Me : Hahaha. Perkara biasa yg di lakukan. Aku kena cabut cincin ni. Rasa macam kahwin plak.
Afiq : Hahaha. Agak r. Dari tadi aku tengok cincin ko. Tak tahu plak ko pakai cincin.
Me : Hehehe. Sekali sekala rasa macam dah kahwin. Hahaha. (ayt yg telah di ubah kecuali ketawa)

Kitorg pun blah dari mines. Pegi plak downtown. Selamat tak jumpa budak lelaki yg usha Afiq macam sengal tu. Tapi kebetulan kitorg terjumpa budak skema tu dengan awek dia. Aku still bantai gelak and cakap kat Afiq. Kejam aku skang ni. Dulu aku kecik2 pun buat macam tu. Hahaha. Skang dah ada halkum. Susah nak pakai butang atas. Damn! Budak lelaki tu tak akil baligh! Damn again! Dia boleh mengayat budak cantik! Damn! Tunang aku lagi lawa terlebih lawa dari awek dia. . . . .  Hehehe. Tunang aku cantik. (guna gmbar ikt urutan ayt aku tu)

Di pendekkan cita. Aku jumpa lg SK (skema) time nak cari baju Afiq. Aku rasa tercakap kuat sangat kat Afiq kata SK kat belakang kita sambil menunjuk kat SK. Tapi aku tak pandang dia pun. Just tunjuk macam tu je. Slumber.

Time nak balik tu. Aku and Afiq terserempak lagi dengan SK. Tapi bilangan dorg agak bertambah. 3 orang je pun. Hehehe. Aku tengok muka SK macam nak nangis je. Orang yang tahan geram then msti rasa nak nangis. Rasa boleh paham kot. Kebetulan aku and Afiq lalu betul2 depan dia time dia tengah cakap tu. Dia boleh bantai tunjuk kat aku. Kawan2 dia usha aku tapi aku buat bodoh je la. Aku jalan je la tak nak plak dia panggil kan. Ye la tak puas hati katakan. Aku cakap dia tak puas hati sebab nampak gerak mulut dia cakap pasal aku tunjuk2 dia. Budak kecik kan. Benda kecik pun jadi besar. Hahaha.


Tapi alhamdulillah, takde apa2 la yang berlaku. Tak nak aku gadoh sebab benda bodoh. Budak2 kan. Tak akil baligh lagi. Hahaha. Tu je coretan aku untuk hari ni.




Thursday 5 July 2012

basement..


Perkara biasa yang kita pernah lakukan bila berseorangan di tempat begini. Hehehe. Aku takde la basement macam dalam gambar ni. Tapi perkara ni terjadi semasa aku kecik2 dulu. Waktu mak suruh amik barang dalam bilik dia. Huhu. Bukak lampu. Pandang kiri kanan. Tutup lampu terus lari. Hahaha.

Wednesday 4 July 2012

Oh My ------ + WTF

Damn! Aku rasa semua orang skang dah terpengaruh dengan citer oh my english. Semua benda nak ada Oh My kat depan. Oh My Tissue la. Oh My Handwriting la. Oh My Dick la. Erk. Kesilapan plak.

Anyway. Aku rasa bengong je ayat tu. Mula2 layan la bila org cakap macam tu. Tapi dah lama2 rasa menyampah plak. Elok2 citer tu elok untuk education. Tapi skang jadi trend plak. Argh! Dammit!

Jangan marah kepada yg membaca. Saja je nak meluahkan rasa kesal di hati ini. Hahaha. Poyo gila. Alang2 dah pasal ni.

Aku perasan no plat kereta msti bnyak WTF **** or WTH ****. Setiap kali kereta yg ada no plat ni kat depan. Aku mesti cakap What the f**k?! Memang kena cakap sebab dia brek emergency depan aku. Damn! Then aku tengok no plat dia aku gelak sebab WTF or WTH. Hahaha.

Ni saja coretan aku untuk kali ni. Dah bosan sangat ni. Hehehe.

Jealousy..

What is jealous? I repeat jealous not jules, julos or anything that I don't think that people think. Damn. I what the hell I'm babbling about. -.-'

Okay! Back to the main story. Jealousy was indeed a scary emotion but at the same time its was the way we can express our true feeling towards the people.

Jealousy can come from many various type of feeling. For example, we are jealous that some kid eat a lollipop but we can't because we got a cavity. I think that's the right name. Another example that we common see in this world.

We are jealous when we are forever alone. Huhu.
What I meant is that we are f**king pissed off when some nerd hold hand with an angel. (that nerd is me. hewhew.) We are a good looking guys or women. But some nerd are way to good than us.

But there is a fearsome jealousy. Even the demon itself will be with us. Its was the jealousy towards other people happiness. For example we build a company with our partner but he was more successful than us. Then we use shaman to sabotage our partner.

The most of all. When we use shaman to curse our loved one. For example "nasi kangkang" mostly use by women to make their husband listen to them and don't look for another women. But men use "minyak pengasih" to make women listen to them. When they use this kind of thing. They will be demon favourite people in . . . . . . HELL!! Hell Yeah!

That's all that I want to babble about. Hope you understand what I wrote in this post. Have a nice day. Peace yaw. Always control your jealousy towards other.

Tuesday 3 July 2012

sakit jiwa raga aku ni..

Aku cadang nak buat permulaan yang comel + gembira. Tapi standard r aku selalu je dapat tahu benda yang sedih. Aku tiba-tiba rasa nak bukak blog aku ni nak cita benda2 happy. Aku baca blog si dia. Gundah hati aku. Sedih, keliru, serba salah n macam2 la. Aku rasa macam bodoh plak. Padahal baru je happy2 ng dia.

Aku dah tak tahu apa yang aku nak buat ni. Dia sentiasa bagi aku apa aku nak. Tapi dalam diam dia menyalahkan diri dia. Aku tak suka bila dia macam tu. Aku rasa bersalah sangat. Aku nak jauhkan diri dari dia. Tapi aku tak dapat. Apa perlu aku buat sebenarnya? Apa dia nak sebenarnya? Aku keliru n dia pun keliru.

Apa yang aku dah buat semalam? Kalau la aku baca blog dia dulu. Aku takkan buat benda tu. Aku rasa macam dah tambah beban dia je. Ya Allah. Dugaan apa ni? Bukan aku tak bersyukur tapi aku rasa bersalah. Aku tak kisah Kau beri aku dugaan ni. Tapi aku rasa bersalah dekat dia sebab aku dia tanggung beban yang tak patut dia tanggung.

Aku harap dia maafkan aku. Aku sayang + cintakan dia. Aku tak nak dia keliru dengan perasaan dia terhadap aku. Tapi lepas aku baca blog dia. Aku tahu dia meragui perasaan dia dekat aku. Aku tak nak tinggalkan dia ataupun ditinggalkan.

Pertama kali aku merasai perasaan sebegini. Pertama kali aku begitu yakin bila dengan someone. Pertama kali aku jujur dalam sebuah perhubungan. Aku tak sanggup kehilangan dia. Aku sayang dia!


Hasil nukilan ntah blog sapa2 aku curi citer ni. Hahahaha. Gambar tu aku yang letak sebab gambar yg dia letak buruk. Hahaha. Jahat gila aku kutuk karya org.