Tuesday, 23 October 2012

Perginya Insan Tercinta..



Tanggal 20/10/2012 bersamaan 4 Zulhijah 1433H..Pada hari sabtu jam 9.30 am..Ayah aku telah pergi meninggalkan kami sekeluarga..Setelah seminggu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bertarung nyawa..Akhirnya dia menghadap Allah Yang Esa.

Pemergian beliau merupakan satu tamparan untuk kami sekeluarga kerana kami semua menjangkakan dia akan pulih seperti sedia kala..Tapi Allah lebih menyayanginya..Kami semua meratapi pemergian arwah..Dan menguruskan jenazah secepat mungkin..

Alhamdulillah..Jenazah diuruskan dengan lancar sekali..Ramai yang datang untuk melihat arwah buat kali terakhir dan datang di kubur arwah..Ada yang terkilan dan ada yang simpati..Hanya Tuhan saja yang tahu apa perasaan aku ketika melihat ayah ku di letak di dalam liang lahad..

Semasa memandikan jenazah..Aku lihat muka arwah tenang sekali seperti sedang tidur di dalam rumah sahaja..Aku rasa tenang melihat dia..Walaupun aku sukar untuk terima semua ni..Tapi dah tertulis di suratan takdir yang dia pergi dulu menemui Penciptanya..

Ramai kata arwah beruntung sangat..Sebab banyak dia dapat lakukan sebelum dia pergi dan ramai orang yang datang mengunjungi beliau..Aku cuma terkilan sebab tak dapat tunaikan banyak permintaan dia..Aku rasa down sangat2 sekarang ni..Rasa macam tak percaya je yang dia dah pergi..Sedangkan sebelum dia tak sedarkan diri..Kitorg dah rancang nak pergi bercuti bersama..Tapi ni dah takdir yang tertulis dan aku kena terima macam mana sekalipun..

Ya Allah..Aku mohon pada-Mu Ya Allah..Kau tempatkan la ayah ku di kalangan orang2 yang soleh dan semoga rohnya di cucuri rahmat-Mu Ya Allah..Amin..

1 comment:

  1. bersabar lah setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..

    ReplyDelete