Tuesday 23 October 2012

Perginya Insan Tercinta..



Tanggal 20/10/2012 bersamaan 4 Zulhijah 1433H..Pada hari sabtu jam 9.30 am..Ayah aku telah pergi meninggalkan kami sekeluarga..Setelah seminggu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bertarung nyawa..Akhirnya dia menghadap Allah Yang Esa.

Pemergian beliau merupakan satu tamparan untuk kami sekeluarga kerana kami semua menjangkakan dia akan pulih seperti sedia kala..Tapi Allah lebih menyayanginya..Kami semua meratapi pemergian arwah..Dan menguruskan jenazah secepat mungkin..

Alhamdulillah..Jenazah diuruskan dengan lancar sekali..Ramai yang datang untuk melihat arwah buat kali terakhir dan datang di kubur arwah..Ada yang terkilan dan ada yang simpati..Hanya Tuhan saja yang tahu apa perasaan aku ketika melihat ayah ku di letak di dalam liang lahad..

Semasa memandikan jenazah..Aku lihat muka arwah tenang sekali seperti sedang tidur di dalam rumah sahaja..Aku rasa tenang melihat dia..Walaupun aku sukar untuk terima semua ni..Tapi dah tertulis di suratan takdir yang dia pergi dulu menemui Penciptanya..

Ramai kata arwah beruntung sangat..Sebab banyak dia dapat lakukan sebelum dia pergi dan ramai orang yang datang mengunjungi beliau..Aku cuma terkilan sebab tak dapat tunaikan banyak permintaan dia..Aku rasa down sangat2 sekarang ni..Rasa macam tak percaya je yang dia dah pergi..Sedangkan sebelum dia tak sedarkan diri..Kitorg dah rancang nak pergi bercuti bersama..Tapi ni dah takdir yang tertulis dan aku kena terima macam mana sekalipun..

Ya Allah..Aku mohon pada-Mu Ya Allah..Kau tempatkan la ayah ku di kalangan orang2 yang soleh dan semoga rohnya di cucuri rahmat-Mu Ya Allah..Amin..

Thursday 11 October 2012

JPJ..EPIC FAILED..

Akhirnya aku amik juga lesen kereta..Belajar punya belajar..Hari untuk amik test pun bermula..(10.10.12)
Punya la aku berdebar..Then aku bawak la kereta dengan hati yang gabra nak mampus..Dah la no 2 then terus test jalan raya..Selalu bawak kancil tiba2 kena bawak viva..Siot betul..

Aku bawak la dengan perasaan takut dan sebagainya..Dalam hati dah jangka mesti fail punya sebab kaki aku boleh plak menggeletar..Moi..Lagi pun aku tak biasa bawak viva sebab rasa janggal gila..Tak macam kancil..Senang n smooth je aku bawak kn..Hehehe..

Then dah bawak tu sampai la kat simpang..Kereta aku terpaksa di berhentikan kerana aku bawak secara merbahaya..Hahaha..Tapi tester tu bawak lagi bahaya dari aku..Huhu..Lepas kejadian tu..Agak malu dan kecewa la gak..Tapi nak buat macam mana..Aku dah jangka pun..Hehehe..

Then kena la buat bukit, parking dan 3 penjuru..Aku tunggu dengan gigih..Dan tiba2 ada sorang awek tu dia datang tapi nak duduk takde tempat..Actually ada je tempat tapi sebab ada laki dia tak jadi duduk..Then sebelah aku memang la kosong dan ada laki..Kira kerusi tu muat untuk 3-4 org..

Aku ingat nak berganjak ke tepi tapi takkan dia nak duduk sebelah aku..Then aku pandang dia dan dia pandang aku..Aku dah gelabah dan serba salah..Nak berganjak or buat bodoh je..Then akhirnya aku buat keputusan untuk bangun dan pergi kebelakang untuk berdiri..Waktu aku bangun tu aku pandang dia dan tunjuk kerusi tu kosong..Dia pun pandang aku dan bergerak untuk duduk..Baik giler aku time tu..Padahal aku plak jadi malang sebab kena berjemur..Huhu..

Tapi asalkan kita ikhlas nak tolong panas tak rasa sangat..Then akhirnya no aku kena panggil..Aku duduk dalam kereta kancil..Rasa bersyukur sangat..Hehehe..Ye la rasa senang je bawak..Tapi tiba2 nervous aku datang balik..Menggeletar kaki aku..Mana taknya tengok semua orang bukit tak lepas kan..

Dengan nervous aku bawak kereta naik bukit dan aku berhenti betul2 kat line kuning..Syukur giler..Tapi time to panic..Aku kena pastikan kereta aku tak kebelakang..Aku dah lupa step time tu..Dengan baca bismillah aku tekan klac dan minyak..Lepaskan handbrek dan kereta kebelakang skit sebelum kedepan..

Damn!! Aku failed ke? Bantai kebelakang plak kereta ni..Aku dah menyumpah seranah dalam hati..Tengok tester jpj tu cakap dengan tester lain macam aku dah fail je..Sumpah aku takut nak mati time tu..Aku dah give up tiba2 tester tu bagi test card aku dan suruh aku buat parking..Senyum sampai telinga aku time tu..Siap tester tu tanya aku ni belajar ke kerja..Muka budak2 je..Siot je..Ceh..

Then aku buat parking dengan bergaya sekali..Padahal silap bajet tapi atas dasar kawalan stering yang bergaya aku dapat jayakan parking dengan segak sekali..Hehehe..Tapi malang..Aku terlalu excited dan confident..Sampai kat 3 penjuru aku buat silap dan terlanggar line..Aku terpaksa berhentikan kereta dan gagal..Sumpah sedih..Tapi dah takde perasaan sebab kepala aku dah sakit sangat time tu..

Aku pun blah dan call mak aku suruh amik sebab malas nak tunggu pak cik yang bawak aku sebab dia tengah tunggu orang lain..Aku tengah sakit kepala tahap dewa time tu..Aku pun gerak la then tiba2 ditakdirkan awek yg aku bagi duduk tu lalu depan aku..Tapi sayang dia nangis..Aku terkedu sedangkan time aku pandang dia aku nak senyum..

Tapi dah nampak dia nangis aku rasa macam serba salah..Aku tak suka tengok perempuan nangis..Bukan sebab terpikat dengan dia..Tapi kalau orang nangis terutama perempuan serius aku jadi serba salah..Aku ingat nak bagi tisu ke apa ke..Tapi aku datang empty handed je..So aku dapat perhatikan dari jauh je..Serba salah la jugak time tu..

Nak je cakap kat dia lain kali ada lagi..Buat la betul2..Tapi takde keberanian..Hahaha..Aku yakin dia boleh buat next time..Aku pun boleh buat punya..Aku yakin!! Lebih2 lagi kalau L doakn kejayaan aku dan bagi aku kiss semangat..Hehehe...



Aku harap dapat buat test lagi sekali dengan bergaya dan berjaya lagi sekali..Hope semua boleh tolong doakn kejayaan aku..Hehehe..

Tuesday 2 October 2012

Waras ke aku ni?


Aku dah tak tahu kenapa dengan aku skang ni. Aku rasa lain sangat2. Cepat takut. Rasa was2 dan macam2 la. Aku rasa macam mula jadi gila. Hahaha.

Kadang2 aku gelak tanpa sebab dan teruskan gelak dengan jahatnya. Hehehe. Kadang2 aku bercakap sorg2 macam ada member je. Bila sedar aku cakap sorg2 aku akan gelak dan terus bercakap macam ada org menemani aku. Hahaha.


Aku dapat rasakan yang aku kesunyian. Entah la. Aku rasa macam hidup sorg2 je dalam dunia ni. Ada kawan semua stock dah belajar dan bawa haluan masing2. Mana ada masa untuk kawan lama. Semua dengan kawan baru je. Ada kekasih selalu gaduh je. Dah tak tahu nak buat apa.

Nak luah kat keluarga bukan dorg paham pun. Better luah kat Allah kan. At least tenang la sikit hati ni walaupun kadang2 rasa sunyi. Tapi life must go on. Walaupun dah mula give up dengan life aku skang ni.

Aku kadang2 cuba buat baik dan berlaku jujur sebaik mungkin. Tapi sering di salah erti sampai aku rasa malas nak amik peduli tentang org lagi.

Sekarang jugak aku kerap berhalusinasi. Sampai ternampak depan mata. Waras ke aku ni? Mungkin aku patut berjumpa dengan pakar. Check otak aku ni betul ke tak? Tapi malas la aku nak pergi. Tunggu betul2 gila baru aku pergi. Hahaha.